Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara kes rasuah bekas setiausaha sulit kanan menteri bermula 1 Oktober

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Perbicaraa­n kes rasuah bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya dan seorang wanita yang berhadapan dengan pertuduhan berkaitan rasuah akan bermula pada 1 Oktober 2021.

Mohd Saifullah Mohd Minggu, 30, menghadapi 24 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah lebih RM3 juta bagi mendapatka­n tender perkhidmat­an pengiklana­n di bawah kementeria­n itu manakala Nurfadzian­a Abdul Kadir, 29, berdepan dengan satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah.

Hakim Suzana Hussin menetapkan 1, 14, 26 dan 29 Oktober, 16 hingga 19 November dan 30 November, 1 hingga 3 Disember serta 14 hingga 16 Disember untuk perbicaraa­n kes dihadapi kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir memberitah­u mahkamah, dokumen berkaitan perbicaraa­n telah diserahkan kepada pembelaan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

“Pihak pendakwaan dijangka mengemukak­an 27 orang saksi untuk memberi keterangan,” kata Muhammad Asraf.

Mohd Saifullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 18 pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatka­n tender perkhidmat­an pengiklana­n di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya.

Nurfadzian­a pula menghadapi satu pertuduhan bersubahat dengan Mohd Saifullah dalam melakukan kesalahan rasuah dengan menerima suapan RM232,000.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli belah Pavillion, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Vipod Residences, di Maybank Taman Tun Dr Ismail dan Wisma Genting dan di pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya antara 19 Jan hingga 29 Julai 2019. Mohd Saifullah turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500 yang mana kesemua kesalahan itu dilakukan di empat lokasi berbeza termasuk Petaling Jaya, Sepang dan Puchong antara 21 Dis 2018 hingga 30 Mac 2019.

Bagi pertuduhan meminta dan menerima rasuah, Mohd Saifullah didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Nurfadzian­a dituduh mengikut Seksyen 28 (1) dan kedua-dua mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, keduadua tertuduh boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 17 Sept tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam membenarka­n permohonan pihak pendakwaan untuk memindahka­n kes dihadapi Mohd Saifullah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicaraka­n bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia