Utusan Borneo (Sarawak)

KMKK, JKKK berperanan penting dalam kemajuan kampung

Dua pihak ini merupakan penghubung antara wakil rakyat dan masyarakat, kata Abdullah

- Oleh Saibi Gi

DARO: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) berperanan dalam pembanguna­n di kawasan masing-masing, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol.

Menurutnya, dua pihak ini merupakan penghubung antara wakil rakyat dan masyarakat, malah hubungan sedia ada wajar dieratkan demi memastikan program-program kerajaan dapat dilaksanak­an.

“Ketua-ketua masyarakat dan JKKK juga mesti sesegera yang mungkin melaporkan kepada wakil rakyat apa jua isu di kawasan supaya tindakan segera dapat diambil.

“Inilah peranan besar dan penting sebagai pemimpin akar umbi dalam membangunk­an kampung,” katanya ketika berucap pada Program Jalinan Komuniti Pulau Bruit anjuran Pejabat Daerah khas untuk KMKK di Kampung Semop dekat sini, semalam.

Ketua-ketua masyarakat dan JKKK juga mesti sesegera yang mungkin melaporkan kepada wakil rakyat apa jua isu di kawasan supaya tindakan segera

” dapat diambil.

Abdullah Saidol

ADUN Semop

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) turut mengingatk­an agar KMKK dan JKKK menyebarka­n dasar kerajaan kepada rakyat.

“Dasar-dasar kerajaan perlu disebarkan agar rakyat jelas dengan hala tuju pucuk pimpinan terutama dalam agenda pembanguna­n,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab berkata, KMKK dan JKKK mesti cekap dan efektif dalam pengurusan hal ehwal komuniti.

Selain menjalinka­n kerjasama erat dengan wakil rakyat, ketua masyarakat mesti bekerjasam­a dengan jabatan dan agensi kerajaan.

“Masalah dan keluhan rakyat di peringkat akar umbi akan dapat disalurkan untuk tindakan sewajarnya jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Program itu dihadiri 76 orang KMKK, ahli JKKK dan ahli majlis kerajaan tempatan (kaunselor).

Ia bertujuan memperkasa­kan KMKK dan JKKK, menerapkan kemahiran dan kecekapan budaya kerja dan dialog antara Pejabat Daerah dengan KMKK tentang status dan isu pembanguna­n.

Dalam pada itu, Abdullah turut menyerahka­n sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM77,000 kepada tiga JKKK, dua PIBG dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daro.

PIBG Sekolah Kebangsaan Tekajong merupakan penerima terbesar, iaitu RM54,000 bagi membiayai pembinaan tempat letak kereta.

Beliau turut menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada bekas enam ketua kaum dan seorang tuai rumah.

Hadir sama, Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli.

 ??  ?? PEMBANGUNA­N MASYARAKAT: Abdullah, Yusuf dan Bujang pada Program Jalinan Komuniti Pulau Bruit anjuran Pejabat Daerah khas untuk KMKK di Kampung Semop semalam.
PEMBANGUNA­N MASYARAKAT: Abdullah, Yusuf dan Bujang pada Program Jalinan Komuniti Pulau Bruit anjuran Pejabat Daerah khas untuk KMKK di Kampung Semop semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia