Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat 192 kes COVID-19 baharu semalam

-

KUCHING: Sarawak mencatat 192 kes COVID-19 baharu semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n kini meningkat kepada 16,061 kes.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan, berkata daripada jumlah berkenaan, daerah Miri merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 47.

Kes-kes lain dikesan di Bintulu dengan 38 kes, Sibu (33), Kuching (23), Samarahan (13), Sri Aman (lapan), Kanowit dan Serian masing-masing (tujuh), Sarikei (enam), Kapit (empat), Sebauh (dua) sementara Bau, Lawas, Marudi dan Subis masing-masing satu kes.

“Daripada 192 kes baharu yang dilaporkan, seramai 26 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 146 orang kes adalah terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Mereka ini terdiri daripada 139 orang yang merupakan individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan tujuh orang adalah individu yang balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B),” katanya.

JPBNS turut memaklumka­n dua lagi kes kematian akibat COVID-19 direkodkan iaitu di Miri dan Bintulu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 105 orang.

Kes kematian ke-104 jelasnya, merupakan kes ke-12,017 melibatkan seorang wanita warga tempatan yang mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan.

“Kes berumur 62 tahun itu mulai bergejala batuk beberapa hari yang lepas. Ujian saringan rT-PCR adalah positif pada 11 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidem­ia,” katanya.

Sementara kes kematian ke-105 pula, Jawatankua­sa itu berkata, ia merupakan kes ke-12,994 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 51 tahun.

Katanya, kes telah mendapat rawatan di Hospital Bintulu dan dikesan positif

COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 16 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma,” ujarnya.

Berkenaan kes pulih, terdapat 211 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu (80), Hospital Bintulu (32), Hospital Umum Sarawak (30), Hospital Miri (27), PKRC di bawah Hospital Kapit (12), Hospital Sarikei (10), PKRC Serian (10), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (6) dan PKRC Betong (4) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj setakat semalam adalah seramai 13,046 orang atau 81.23 peratus daripada keseluruha­n kes.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,853 orang.

Manakala seramai 200 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia