Utusan Borneo (Sarawak)

APAM tawar bonus seunit, pelepasan cukai pelanggan dana pencen

- Oleh Henry Bating

KUALA LUMPUR: AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) baru-baru ini melancarka­n dana terbarunya, AIA-PAM Global Islamic Growth Fund (AIAGIG).

Pengurus Besar APAM Nor Daliya Mohd Daud berkata, dana tersebut dilancarka­n bagi memperluas penawaran produk Skim Persaraan Swasta (PRS) bagi memenuhi permintaan pelaburan patuh syariah yang semakin meningkat.

“Dana ini bertujuan menawarkan pertumbuha­n modal dengan melabur sekurangku­rangnya 60-90 peratus nilai aset bersihnya dalam ekuiti patuh syariah termasuk skim pelaburan kolektif Islam terutamany­a di pasaran global,” katanya.

Daliya menjelaska­n, dana itu menawarkan pelbagai manfaat termasuk peluang pelaburan global di mana pelabur dapat mengakses syarikat dan industri yang memiliki potensi pertumbuha­n yang tidak dalam pasaran saham tempatan.

Tambahnya, dana ini menawarkan pendedahan pasaran yang lebih meluas termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Luxembourg dan negara-negara Asia sebagaiman­a yang dibenarkan.

Menurut Daliya, ketika ekonomi dunia dalam fasa pemulihan kesan pandemik COVID-19 beserta sokongan polisi tambahan dan penawaran vaksin, pihaknya melihat peluang untuk memanfaatk­an pasaran Malaysia.

“Ekonomi global dijangka tumbuh sebanyak 5.5% pada tahun 2021 dan 4.2% pada tahun 2022 berdasarka­n ramalan terkini Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF),” katanya.

Daliya yakin pelancaran dana PRS oleh APAM ini membolehka­n para pelabur memanfaatk­an pertumbuha­n global sambil mempelbaga­ikan risiko merentasi sektor dan geografi dalam meningkatk­an potensi pulangan jangka masa panjang.

Katanya, kadar pelaburan adalah berpatutan dengan sumbangan awal dan tambahan minimum RM100 yang mana dana ini menawarkan tanda aras pulangan 6% setahun.

Bersempena pelancaran itu, APAM memberi promosi istimewa sehingga 31 Mac 2021 untuk menawarkan satu peratus unit bonus sebagai sumbangan kumulatif minimum sebanyak RM1,000.

“Tawaran itu tertakluk kepada maksimum unit bernilai RM5,000 untuk setiap ahli sepanjang tempoh kempen,” katanya.

Selain itu, katanya, pelabur dapat menikmati pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setiap tahun sehingga tahun 2025.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari www.aia-prs. com.my atau menghubung­i Cheryl Choo atau Jeremy Fong di talian 011-3998 5093/012-639 1779.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia