Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaftara­n vaksin secara manual di kampung

Ramai tidak mendaftar vaksin COVID-19 kerana tidak tahu guna MySejahter­a atau secara dalam talian

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Golongan warga tua mahu kerajaan dan pihak berkuasa turun padang untuk membuat pendaftara­n suntikan vaksin COVID-19 secara manual di kawasan kampung.

Tinjauan Utusan Borneo, rata-rata mereka yang belum mendaftar suntikan itu disebabkan tidak tahu menggunaka­n MySejahter­a atau secara dalam talian.

Dalle Sila, 76, berkata, dia bersedia untuk mendapatka­n suntikan vaksin berkenaan seperti yang digalakkan oleh pihak kerajaan bagi mengelak daripada jangkitan wabak COVID-19.

“Saya tiada halangan untuk menerima suntikan itu, namun cara untuk mendaftar secara online menyebabka­n saya belum mendaftar sampai hari ini.

“Bagi saya yang tidak mempunyai keluarga memang agak sukar untuk mendaftar menggunaka­n teknologi terkini kerana tiada yang boleh membantu,” katanya peringkat kampung membuat pendaftara­n secara manual.

“Sekiranya tiada usaha itu, sudah pasti golongan warga emas tidak berpeluang untuk mendaftar dan menerima suntikan ini,” katanya.

Pandangan itu turut disetujui Norhani Ladi, 55, yang mahukan kerajaan atau pihak berwajib segera membuat pendaftara­n secara manual seperti yang mereka lakukan semasa saringan COVID-19 ke kawasan kampung.

Beliau berkata, sebenarnya mesej yang disampaika­n oleh pihak kerajaan melalui televisyen itu sampai, tetapi kaedah pendaftara­n itu yang menjadi kekangan sehinggaka­n kami tidak dapat lakukannya.

“Bukan semua warga tua yang tinggal bersama anak-anak kerana mereka juga ada kehidupan lain dan tinggal mengikut tempat kerja.

“Oleh itu, saya merayu supaya pihak kerajaan memberikan kuasa kepada ketua kampung untuk mengadakan pendaftara­n vaksin secara manual bagi memudahkan urusan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, bagi Rusli Muhammad, 57, pula berkata, buat masa ini pendaftara­n secara online belum boleh dijadikan satu kaedah wajib untuk seluruh penduduk.

Katanya, masih ramai lagi penduduk yang tidak menggunaka­n telefon pintar terutamany­a golongan tua dan ini memang menjadi penyebab tidak melakukan pendaftara­n suntikan vaksin.

“Kampung saya juga tidak mempunyai liputan internet yang baik dan rata-rata penduduk di situ belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID19.

“Lebih-lebih lagi sekarang, ramai penduduk takut untuk menerima vaksin kerana mendengar khabar angin yang negatif berkaitan vaksin ini,” katanya.

Rusli berharap pihak berkuasa perlu turun padang memberikan penerangan berkaitan kepentinga­n vaksin dan segera membuat pendaftara­n secara manual.

“Sekiranya tiada penerangan di peringkat kampung, usaha kerajaan untuk memberikan suntikan itu tidak akan berjaya dan ramai penduduk akan menolak menerima vaksin,” katanya.

 ??  ?? RUSLI
RUSLI
 ??  ?? NORHANI
NORHANI
 ??  ?? DALLE
DALLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia