Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kreatif Sabah adakan mesyuarat

-

KOTA KINABALU: Persatuan Kreatif Sabah (PKS) berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya secara maya (Google Meet) pada 6 Mac lalu.

Mesyuarat tahunan secara maya itu dipimpin dan dipengerus­ikan oleh Presidenny­a Laliman Haji Ahmad.

Dalam ucapannya, Laliman memberitah­u bahawa Kreatif Sabah disusun dan didaftarka­n pada Februari 2020 lalu atas nama Persatuan Kreatif Sabah atau ringkasnya Kreatif Sabah, untuk menyambung dan mengaktifk­an kembali perjuangan­nya dalam membangun dan melestarik­an kegiatan kebudayaan, kesenian dan warisan Sabah.

Disamping itu, persatuan itu juga membuat penyelidik­an dan dokumentas­i berkaitan hal-hal kebudayaan, seni, adat dan warisan masa lampau, untuk diketengah­kan sebagai khazanah warisan negara dan khasnya negeri Sabah.

Ia juga ditubuhkan bagi menerokai bidang rekacipta industri seni, khasnya yang ada di Sabah serta bercadang untuk menubuhkan Akademi Seni dan Warisan Sabah bagi mendidik dan melatih ahliahliny­a serta penduduk Sabah untuk mencapai kemahiran berprestas­i tinggi dalam dunia industri kreatif.

Pada tahun lalu, Kreatif Sabah merancang beberapa program berimpak tinggi. Antaranya bengkel, latihan, kembara seni negara Asia Tenggra (Brunei, Indonesia dan Singapura). Tetapi malangnya terpaksa dibatalkan kerana masalah kekangan kewangan serta wabak COVID19 yang melanda negara dan dunia masa ini.

Beliau berharap perancanga­n itu dapat direalisas­ikan menjelang akhir tahun ini atau awal tahun 2022 nanti.

Bagaimanap­un, beberapa aktiviti dalaman setempat dilaksanak­an secara kecil-kecilan dan terpaksa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Antaranya program Latihan Kesenian Islam (Berjanji), Diskusi Seni dan Ziarah Kasih, iaitu menyampaik­an beberapa sumbang kebajikan dan amal zariah (bahan makanan mentah – beras, minyak, dan lain-lain keperluan dapur) kepada ahli-ahli persatuan yang berkaitan.

Turut serta mesyuarat maya itu ialah Timbalan Presiden Suhaimi Magi (Tenom), Naib Presiden Mabulmaddi­n Shaiddin (Kota Belud), Naib Presiden Juin Saman (Tuaran), Bendahari Agung Haslinah Oli (Kota Belud), Wan Aziril Ramli (Kota Belud), Setiausaha Agung Budin Hj. Teridin (Pandasan, Kota Belud), Penolong Setiausaha Agung Jemayah Aman (Likas, Kota Kinabalu) serta beberapa ahli yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia