Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau 1 Mei depan

-

RANAU: Meskipun bulan Mei sambutan Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) masih lama lagi namun, Jawatankua­sa Pelaksana peringkat daerah ini sudah menetapkan tarikh 1 Mei 2021 sebagai sambutan peringkat daerah di Dewan Masyarakat Ranau bermula jam 8.00 pagi.

Jawatankua­sa Pelaksana baru-baru ini, telah pun bermesyura­t di Bilik Urusetia Pejabat Daerah Ranau yang dipengerus­ikan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Florencia Padasian mewakili Pegawai Daerah (Pengerusi Jawatankua­sa Induk) Syahrin Samsir.

Pada mesyuarat itu yang dihadiri 17 orang pegawai dari pelbagai agensi kerajaan telah merancang pelbagai program dan aktiviti bakal diadakan termasukla­h Sugandoi

Kaamatan, Magavau dan Pertanding­an Unduk Ngadau sebagai acara kemuncakny­a yang bertemakan ‘Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Kedamaian Dan Keamanan’ akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah merangkap ADUN Kundasang Dr.Joachim Gunsalam.

Florencia memaklumka­n, semua acara yang akan dirancang adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan jawatankua­sa penganjur.

“Pada tahun ini, buat julungkali­nya pemilihan peserta Unduk Ngadau menerusi ‘Life Streaming’ (undian menerusi online/ WhatsApp) sementara semua jawatankua­sa dan orang ramai adalah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Pematuhan SOP yang ditetapkan adalah amat penting dan kita tidak mahu Pesta Kaamatan sebagai pencetus wabak berkenaan yang memang sukar dilihat dengan mata kasar,” katanya sambil memaklumka­n semua pengerusi sesuatu acara diminta menyediaka­n cadangan bajet masing-masing untuk dikemukaka­n pada mesyuarat kali kedua yang akan ditentukan kemudian.

Beliau menegaskan kerjasama semua amat penting bagi memastikan semua acara berjalan lancar dan teratur.

 ??  ?? ALBUM: Antara yang hadir ke mesyuarat kali pertama itu merakam gambar bersama Florencia (duduk tengah).
ALBUM: Antara yang hadir ke mesyuarat kali pertama itu merakam gambar bersama Florencia (duduk tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia