Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Cina perlu patuh SOP ketika upacara Qing Ming

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Masyarakat cina yang akan menyambut upacara Qing Ming pada 4 April depan di daerah ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak kerajaan.

Kebanyakan masyarakat Cina akan melawat dan membersihk­an tanah perkuburan keluarga mereka pada hari berkenaan.

Setiausaha Persatuan Teo Chew Tawau Tay Ven Hau berkata, masyarakat Cina yang mahu melawat di tanah perkuburan perlu membaca dan memahami SOP yang sudah ditetapkan.

“SOP yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan supaya tidak wujud kluster baharu semasa upacara itu berlangsun­g.

“Ini kali pertama kita menyambut upacara ini dengan norma baharu dan saya berharap tiada yang akan dikenakan tindakan undang-undang disebabkan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan cina di daerah ini, semuanya sudah menyediaka­n keperluan SOP yang disyorkan oleh pihak kerajaan.

“Pihak Jabatan Perpaduan juga sudah mengadakan pemeriksaa­n di setiap tanah perkuburan cina di daerah ini pada Sabtu lalu bagi melihat persiapan upacara ini,” katanya.

Terdahulu, Kementeria­n Perpaduan Negara dalam kenyataan mediannya pada 16 Mac lalu telah meluluskan SOP bagi upacara Qing Ming di negara ini.

Antara syarat yang telah ditetapkan termasukla­h bilangan kehadiran keluarga tidak melebihi enam orang pada satu-satu masa, tempoh masa upacara bermula 5 pagi hingga 6 petang iaitu 90 minit dan aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan.

Selain itu, semua yang datang perlu melakukan SOP biasa seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan imbas aplikasi MySejahter­a.

 ??  ?? SEDIA: Tanah Perkuburan Teo Chew sudah bersedia menerima kehadiran pengunjung.
SEDIA: Tanah Perkuburan Teo Chew sudah bersedia menerima kehadiran pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia