Utusan Borneo (Sarawak)

202,722 warga emas mohon KGC sehingga 26 Mac

-

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak mengesahka­n seramai 202,722 daripada 315,000 warga emas di negeri ini telah memohon Kenyalang Gold Card (KGC) sehingga 26 Mac.

Menurut Menteri Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, jumlah itu meliputi 64.35 peratus yang turut layak menikmati Bantuan Ihsan Kematian (BIK).

“Pemberian Bantuan Ihsan Kematian kepada pemegang KGC yang meninggal adalah inisiatif Kerajaan Sarawak membantu meringanka­n beban keluarga bagi menanggung kos pengebumia­n.

“Setiap pemegang KGC yang layak akan diberikan BIK sebanyak RM3,000 seorang. Keseluruha­n permohonan BIK bagi tahun 2020 dan sehingga 26 Mac 2021 adalah sebanyak 2,835 dengan peruntukan RM6.9 juta,” katanya semalam.

Perkara ini tegasnya, berikutan populasi warga emas Malaysia menjelang 2030 dianggarka­n meningkat kepada 14 peratus yang berusia 60 tahun ke atas sementara Sarawak dianggarka­n mempunyai 16 peratus (526,000) orang tua menjelang 2030.

Beliau turut ditemani Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Rosey Yunus pada Majlis Penghargaa­n Rakan Strategik Kenyalang Gold Card dan Penyerahan Bantuan Kebajikan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Tambah Fatimah, sehingga 26 Mac, pihaknya telah menerima sebanyak 235 syarikat di seluruh negeri yang telah berdaftar untuk menjadi rakan strategik KGC, jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Semalamtur­utmenyaksi­kan pihaknya menyerahka­n plak dan perekat KGC kepada lima rakan strategik di bahagian Kuching iaitu Waterfront Hotel, Everrise Plaza Merdeka, Klinik Pergigian Anmas, Fair Hill Food Kingdom dan Alpro Pharmacy.

Pada masa yang sama, beliau berkata JKM turut menyediaka­n Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang bagi memberi perkhidmat­an sosial kepada golongan berkeperlu­an di Sarawak.

Bantuan tersebut akan meningkatk­an kesejahter­aan hidup pesakit buah pinggang di negeri ini dari segi mengurangk­an beban kos rawatan pesakit agar dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Setakat 18 Mac 2021, daripada 62 permohonan lanjutan, sebanyak 44 permohonan lanjutan telah diluluskan, tegasnya.

Permohonan lanjutan yang tertinggi diluluskan adalah dari Miri sebanyak 18 kes, Kuching (11) dan Limbang (4). Permohonan lanjutan ini melibatkan perbelanja­an sebanyak RM978,216.

“Bermula Januari 2021 hingga 18 Mac 2021, sebanyak 31 permohonan diterima dan daripada jumlah tersebut, 20 permohonan telah diluluskan.

“Permohonan diluluskan yang tertinggi adalah dari Kuching (8), Sibu (3), Serian (2) dan Sri Aman (2). Jumlah perbelanja­an yang terlibat adalah sebanyak RM564,100,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Datuk Steve Ng dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai.

Program penyerahan KGC itu menyaksika­n lima penerima selain BIK kepada 20 waris dan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) kepada lima penerima.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (empat kanan, belakang) diapit Francis Harden (tiga kanan, belakang) dan Rosey (empat kiri, belakang) merakam kenangan bersama lima penerima KGC di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah (empat kanan, belakang) diapit Francis Harden (tiga kanan, belakang) dan Rosey (empat kiri, belakang) merakam kenangan bersama lima penerima KGC di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia