Utusan Borneo (Sarawak)

RM580,000 biayai projek air Senadin Jaya dan Damai Jaya

-

MIRI: Kerajaan negeri menerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin menyampaik­an geran berjumlahR­M580,000kepada LAKU Management Sdn Bhd bagi projek penyambung­an saluran paip di Kampung Senadin Jaya dan Kampung Damai Jaya di sini.

Geran itu disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LAKU Management Daneil Punang di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pengangkut­an itu memohon agar LAKU melaksanak­an projek penyambung­an saluran paip untuk keduadua kampung terletak kirakira 12.2 kilometer dari pusat bandar raya.

Projek pemasangan saluran paip sepanjang 2.52 kilometer ini dimulakan oleh LAKU Miri pada 22 September 2020 dengan anggaran kos sejumlah RM580,000.

Kedua-dua kampung sebelum ini merupakan kawasan setinggan yang mengalami masalah penyambung­an paip kerana jalan sempit.

“Objektif utama projek ini ialah membekalka­n penduduk di kedua-dua kampung dengan bekalan air bersih dan apabila siap nanti ia memberi manfaat kepada kira-kira 122 isi rumah.

“Sebelum ini, penduduk terpaksa bergantung kepada air hujan sebagai sumber air utama.

“Sebahagian penduduk terpaksa berkongsi saluran paip bersaiz dua inci namun ini menyebabka­n gangguan air kerana penyambung­an melebihi kapasiti air,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lee menambah, paip air terdekat terletak di jalan utama.

Lee melahirkan penghargaa­n kepada Ketua MenteriDat­ukPatinggi­Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan peruntukan khas itu untuk kawasan DUN Senadin.

 ??  ?? PERUNTUKAN: Lee (kanan) menyerahka­n cek bernilai RM580,000 kepada Daneil sambil disaksikan Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf (kanan) di Miri semalam.
PERUNTUKAN: Lee (kanan) menyerahka­n cek bernilai RM580,000 kepada Daneil sambil disaksikan Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf (kanan) di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia