Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita hina polis didenda RM5,000, hukuman penjara diketepika­n

-

ALOR SETAR: Seorang wanita yang dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen tahun lalu selepas mengaku bersalah menghina polis menerusi media sosial, semalam terlepas hukuman tersebut apabila Mahkamah Tinggi di sini mengetepik­an hukuman berkenaan.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu terhadap Nursahira Mohd Mizuar, 20, selepas membenarka­n rayuannya dan menjatuhka­n hukuman denda RM5,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Dalam keputusann­ya, hakimitutu­rutmengura­ngkan denda RM10,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap Nursahira sebelum ini kepada RM5,000. Difahamkan keluarga wanita yang berasal dari Pendang itu membayar denda berkenaan.

Pada 31 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhka­n hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara terhadap Nursahira setelah dia mengaku bersalah membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui Facebook, dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada 10.12 malam, 27 Mac tahun lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen

233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda hingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau keduaduany­a, dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas sabitan.

Difahamkan Nursahira yang pada masa itu bekerja sebagai pembantu kedai, memuat naik status tersebut kerana marah dengan tindakan polis yang mengarahka­nnya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, di Pendang pada 9 malam.

Pada 9 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Nursahira untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara dan denda sehingga rayuan diputuskan.

Terdahulu, peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Nursahira berkata anak guamnya telah dipenjara selama 10 hari dan hukuman itu sudah memadai serta merayu agar hukuman diringanka­n kerana perayu sangat menyesal serta insaf atas tindakanny­a.

Naran berkata perayu yang kini bekerja di sebuah kilang, merupakan anak sulung daripada dua beradik dan menjadi harapan keluarga memandangk­an bapanya seorang pesara tentera dan ibu pula hanya suri rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia