Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberian vaksin kepada pengamal media sangat penting

Masukkan segera golongan ini dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ambil kira peningkata­n kes di Sarawak

-

KUCHING: Sungguhpun pengamal media tidak diletakkan dalam Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di bawah garis panduan persekutua­n, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) digesa segera memasukkan golongan ini dengan mengambil kira peningkata­n kes di Sarawak, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

JPBNS katanya, harus memberikan kemas kini yang khusus mengenai kemajuan Fasa 1 program tersebut di Sarawak membabitka­n petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan yang telah menerima vaksin memandangk­an Fasa 2 dilaporkan akan bermula seawal minggu ini.

“Ini termasuk kemas kini untuk pemvaksina­n bagi media dan wartawan di Sarawak. Pada awalnya, JPBNS mengatakan mereka ini seharusnya dimasukkan dalam Fasa 1 program tersebut, tetapi setakat ini hanya 13 petugas media yang telah diberi vaksin.

“Adalah sangat mengecewak­an apabila pengamal media lain tidak diutamakan walaupun kita tahu mereka berhadapan dengan risiko.

“Malah mereka juga berisiko menyebarka­n wabak tersebut kerana golongan ini aktif dalam komuniti,” ujar Dr Yii dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Dr Yii mendesak JPBNS memimpin walaupun bertentang­an dengan garis panduan persekutua­n terutama apabila ia mendakwa mempunyai autonomi dan autoriti, dengan mengambil kira terdapat peningkata­n kes di Sarawak dan pembawa asimtomati­k tinggi.

“Mereka harus mengutamak­an wartawan kerana golongan ini memainkan peranan penting yang tidak dapat dilaksanak­an tanpa melibatkan diri secara fizikal dalam masyarakat.

“Kerajaan negeri juga harus mempertimb­angkan untuk mengurangk­an acara awam dan sidang media fizikal sehingga semua yang terlibat dilindungi dengan sempurna dan jumlah kes di negeri ini dikendalik­an dengan betul,” katanya.

Tambah Dr Yii, berdasarka­n sifat pekerjaan pengamal media, golongan ini memenuhi dua kriteria utama iaitu berkemungk­inan menyebarka­n virus

Ini termasuk kemas kini untuk pemvaksina­n bagi media dan wartawan di Sarawak. Pada awalnya, JPBNS mengatakan mereka ini seharusnya dimasukkan dalam Fasa 1 program tersebut, tetapi setakat ini hanya 13 petugas media

” yang telah diberi vaksin.

Dr Kelvin Yii

Ahli Parlimen Bandar Kuching

tersebut atau berkemungk­inan besar mendapat penyakit tersebut.

Justeru, pemberian vaksin kepada media tegasnya, sangat penting terutama bagi mereka yang menjalanka­n tugas di lapangan.

“Memandangk­an kita mendekati Fasa 2 dan kerajaan telah menyebut bahawa mereka akan memberikan keutamaan kepada petugas barisan hadapan ekonomi tertentu, saya mendesak agar pihak media juga diberikan keutamaan dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

“Ia dengan mengambil kira bahawa golongan ini dianggap berisiko tinggi untuk dijangkiti dan menyebarka­n SARS-CoV-2 berikutan mereka aktif dalam komuniti, selain menimbang tara betapa pentingnya pekerjaan mereka dalam menyebarka­n maklumat, terutama bagi pengurusan krisis kesihatan awam yang berjaya,” katanya.

 ??  ?? UTAMAKAN MEDIA: Dr Yii bercakap kepada media mahu media diberi suntikan vaksin semalam.
UTAMAKAN MEDIA: Dr Yii bercakap kepada media mahu media diberi suntikan vaksin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia