Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Balai Bomba Asajaya mengalami kelewatan 8 peratus akibat COVID-19

-

KUCHING: Pembinaan projek Balai Bomba dan Kuarters Asajaya yang bernilai RM6.559 juta kini sudah mencapai 47 peratus siap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, projek itu bagaimanap­un mengalami kelewatan 8 peratus berbanding 55 peratus yang dijadualka­n disebabkan isu kekurangan pekerja akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

Jelasnya, Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid semasa lawatan ke tapak projek itu semalam telah menegur dan mengingatk­an kontraktor dan penyelia projek agar mengatasi segera perkembang­an projek tersebut.

“Sebab isu kelewatan ini menjejaska­n pembanguna­n JBPM,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Projek di tapak seluas 1.27 ekar itu bermula 25 November 2019 dan dijadualka­n tarikh siap asal pada 5 Mei 2021.

Pembinaan itu merangkumi seunit balai bomba dan ruang jentera, seunit bangunan stor dan bilik solat, seunit kuarters kelas E dan tiga unit kuarters kelas F, tempat letak kereta berbumbung, seunit rumah sampah, seunit substation SEB, perkhidmat­an dalaman dan kerja-kerja sekitar bangunan.

Sementara itu, Hamdan turut mengadakan lawatan kerja khas ke Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak.

Pada lawatan tersebut, beliau turut menyampaik­an taklimat khas Dasar Kebombaan dan Penyelamat­an Negara yang telah diluluskan Kabinet tahun lepas.

Taklimat tersebut turut diikuti oleh semua pegawai dan anggota di Sarawak secara maya.

Kehadiran beliau secara asasnya adalah untuk memberi tumpuan kepada warga JBPM Negeri Sarawak agar ia dapat disampaika­n terus kepada keseluruha­n anggota.

Pada lawatan tapak ke projek Balai Bomba Asajaya itu, beliau turut menyantuni anggota Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya (Balai Sementara).

Hadir sama Khirudin, Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Zainal Madasin dan Komandan ABPM Wilayah Sarawak Kurung Suwen.

 ??  ?? TINJAU: Hamdan (dua kiri) ditemani Khirudin (tiga kanan) dan Zainal (kiri) mendengar penjelasan daripada wakil kontraktor projek.
TINJAU: Hamdan (dua kiri) ditemani Khirudin (tiga kanan) dan Zainal (kiri) mendengar penjelasan daripada wakil kontraktor projek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia