Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk akan nikmati bekalan air bersih sebelum Gawai

Projek penyediaan bekalan air bersih di Poyut dan Lubok Nibong itu babitkan kos kira-kira RM38 juta: Gerawat

- Oleh Sudan Ajang

Keseluruha­nnya, 32 rumah panjang di Poyut dan Lubok Nibong mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n projek

” itu.

Datuk Gerawat Gala

MARUDI: Penduduk rumah panjang di kawasan Poyut dan Lubok Nibong, di sini akan menikmati bekalan air bersih sebelum Gawai Dayak tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, projek penyediaan bekalan air bersih itu membabitka­n kos kirakira RM38 juta.

“Keseluruha­nnya, 32 rumah panjang di Poyut dan Lubok Nibong mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n projek itu.

“Dengan siapnya projek ini, penduduk di rumah panjang tidak lagi perlu bergantung kepada air hujan dan sungai untuk keperluan harian,” katanya semasa lawatan kerja ke lima rumah panjang di Poyut Nibong kelmarin.

Projek bekalan air ini diluluskan kerajaan Barisan Nasional pada 2018 dan tender untuk projek itu dikeluarka­nolehKemen­terian Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah sebelum Pilihan

Raya Umum (PRU) Ke-14.

Gerawat yang juga Timbalan Speaker DUN menambah, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kepimpinan Pusat, tender projek itu dibatalkan.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kemudian

ADUN Mulu

mengambil alih projek berkenaan.

“Sekiranya tender pertama tidak dibatalkan, projek ini sepatutnya siap tahun lepas.

“Ini jelas membuktika­n GPS mengambil berat pembanguna­n kemudahan rakyat di kawasan pedalaman dan luar bandar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat di kawasan Poyut dan Lubuk Nibong terus memberi sokongan padu kepada kerajaan GPS pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang terbukti mempunyai rekod cemerlang.

Terdahulu, Gerawat mengadakan lawatan ke Rumah Tanjong di Sungai Stapang B, Rumah Jamit di Stapang A, Rumah Umbar Melinda di Sungai Melikat, Rumah Sigan di Sungai Muam dan Rumah Michael Bigol di Logan Entasan B, Poyut dan Lubok Nibong.

Beliau seterusnya menggesa penduduk di rumah panjang agar mendaftark­an diri bagi mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Gerawat turut menyampaik­an cek peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) dan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

 ??  ?? TURUN PADANG: Gerawat (tengah) melawat Rumah Sigan di Sungai Muam, Poyut.
TURUN PADANG: Gerawat (tengah) melawat Rumah Sigan di Sungai Muam, Poyut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia