Utusan Borneo (Sarawak)

Lima hari perbicaraa­n kes dua anggota polis cuai

-

MIRI: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan lima hari perbicaraa­n kes dua anggota polis berpangkat koperal dituduh mendedahka­n seorang gadis bawah umur kepada perbuatan aniaya ketika direman di lokap Balai Polis Pusat Miri.

Perbicaraa­n kes bermula pada 20 hingga 24 September tahun ini.

Manakala kedua-dua tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM10,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim Mohd Taufik Mohd@Mohd Yusoff setelah bersetuju dengan cadangan pendakwaan mencadangk­an agar perbicaraa­n kedua-dua kes itu dijalankan serentak.

Brase Omang, 54, dari Desa Indah 2, Bandar Baharu Permyjaya di sini dan Edmund Jali, 44, dari kuarters kediaman Ibu Pejabat Polis Daerah Miri didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh dituduh mendedahka­n seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun kepada perbuatan aniaya dengan membiarkan sel seorang tahanan bernama Zuraini Razzi Raini tidak berkunci dan membenarka­n tahanan terbabit akses kepada kunci sel gadis itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 10.51 malam pada 8 Januari dan jam 6.50 pagi, 9 Januari tahun ini di Balai Polis Pusat Miri di sini.

Selain itu, Brase dan Edmund turut menghadapi satu tuduhan alternatif iaitu sebagai penjawat awam dengan sengaja melanggar arahan undang-undang ketika menjalanka­n tugas membiarkan sel tahanan bernama Zuraini Razzi Raini tidak berkunci, melanggar perintah reman bertarikh 31 Disember 2020.

Merekadida­kwamelakuk­an kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, keduaduany­a didakwa mengikut Seksyen166­KanunKesek­saan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Sarawak Mohammad Al-Saifi Hashim, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Nor Sollihin Salleh dan TPR Danial Ilham.

Manakala Brase diwakili peguam bela Wendel Crocker dan Edmund diwakili peguam bela Gurvir Singh Sandhu.

Sementara itu, Al-Saifi ketika ditemui di luar mahkamah berkata tidak timbul lagi isu konflik kepentinga­n dalam kes ini kerana peguam bela membuat keputusan siapa mewakili siapa.

“Dalam kes ini, Brase diwakili peguam bela Wendel, Edmund diwakili Gurvir Singh dan Ranbir Singh mewakili Zuraini mempunyai kaitan dengan kes ini (dituduh merogol gadis bawah umur terbabit),” katanya.

Semasa sebutan kes pada 22 Februari lalu, pendakwaan memohon kepada mahkamah melihat perkara ini kerana kemungkina­n timbul konflik kepentinga­n memandangk­an Brase, Edmund dan Zuraini diwakili peguam bela yang sama iaitu Ranbir dan Gurbir.

Selain itu, kedua-dua tertuduh menjadi saksi pendakwaan dalam kes Zuraini dan begitu juga sebaliknya.

 ??  ?? KONFLIK: Mohammad Al-Saifi (kanan) dan Daniel ketika ditemui di luar mahkamah di Miri pagi semalam.
KONFLIK: Mohammad Al-Saifi (kanan) dan Daniel ketika ditemui di luar mahkamah di Miri pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia