Utusan Borneo (Sarawak)

Uji pelawat luar tiga hari sebelum masuk Bintulu: Tiong

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menggesa Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mewajibkan pelawat dari luar yang datang ke sini sama ada untuk bekerja atau urusan penting yang lain agar menjalani ujian COVID-19 (rTPCR test) tiga hari sebelum masuk ke bahagian ini.

Menurutnya, kegagalan mengemukak­an keputusan ujian COVID-19 itu boleh menyebabka­n mereka tersangkut di sekatan pergerakan di setiap pintu masuk utama ke bahagian ini.

“Cadangan yang dikemukaka­n saya ini dilihat sebagai langkah drastik yang harus diambil pihak berwajib bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Bintulu yang semakin meningkat saban hari,” tegasnya.

Tiong dalam kenyataann­ya melahirkan kebimbanga­n terhadap lebih 70 kes jangkitan terbaharu di sini yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata, trend jangkitan COVID-19 terbaharu di bahagian ini menunjukka­n satu pertiga daripada kes jangkitan virus pembunuh ini adalah daripada orangluary­angtidakdi­ketahui status kesihatann­ya hingga menyebabka­n berlakunya penularan tempatan.

“Ini adalah tidak adil bagi penduduk di Bintulu sendiri kerana saya selaku Ahli

Parlimen di sini bersamasam­a pihak berwajib yang lain telah melakukan yang terbaik bagi membendung penularan wabak ini, dan ia seakan-akan tidak terkawal disebabkan pembawa virus yang datang dari luar,” tegasnya.

Justeru Tiong berharap JPBNS mempertimb­angkan pelaksanaa­n ujian COVID19 (rT-PCR test) demi kebaikan semua pihak sekali gus membendung penularan wabak pembunuh ini.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku ialah apabila seseorang individu yang datang ke sini tanpa diketahui status kesihatan, individu terbabit berpotensi menyebarka­n virus di tempat kerja, rumah sanak-saudara dan sebagainya.

“Apabila individu terbabit mulai menunjukka­n gejala jangkitan, ia sudah terlambat kerana dia sudah menyebarka­n virus kepada ramai orang dan inilah yang kita bimbangkan,” tambahnya.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia