Utusan Borneo (Sarawak)

Warga JaPen perlu cepat menguasai teknologi digital

COVID-19 banyak menuntut masyarakat berubah menjadi pantas, terutama dalam arus teknologi digital: Swady

-

“Jabatan

kita adalah pemasar maklumat kerajaan dan agensi komunikasi bermakluma­t, sekiranya kita tidak menguasai teknologi dengan pantas maka kita akan tertinggal di belakang.

KUCHING: Warga Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sarawak perlu bertindak cepat untuk menguasai teknologi digital agar terus mendepani arus perubahan corak kerja semasa.

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Swady Guliling berkata, pandemik COVID-19 banyak menuntut masyarakat berubah menjadi pantas, terutama dalam arus teknologi digital.

“Jabatan kita adalah pemasar maklumat kerajaan dan agensi komunikasi bermakluma­t, sekiranya kita tidak menguasai teknologi dengan pantas maka kita akan tertinggal di belakang.

“Media sosial merupakan nadi utama kini dan warga JaPen perlu memanfaatk­an perubahan semasa dalam bidang tugas jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an amanat semasa Perhimpuna­n Bulanan JaPen Sarawak yang berlangsun­g secara maya buat julung kalinya dari Ibu Pejabat JaPen Sarawak, Jalan Diplomatik di sini, semalam.

Perhimpuna­n itu juga dapat disaksikan secara langsung oleh semua warga JaPen di seluruh negeri menerusi laman rasmi media sosial Facebook JaPen Sarawak.

Swady turut memuji usaha semua anggota JaPen melaksanak­an tugasan dengan komited sepanjang tahun lepas sehingga kini, antaranya pelaksanaa­n Info On Wheels, program Khabar Dari Sarawak dan kelancaran pengendali­an operasi Pusat Media Hari Malaysia 2020.

Beliau berharap prestasi cemerlang yang ditunjukka­n jabatan dapat dikekalkan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurn­akan Pelancaran

Swady Guliling

Kempen Senyum & Sapa (SS) yang bertujuan membentuk dan mempraktik­kan budaya kerja yang positif, hubungan mesra dan saling hormat menghormat­i sesama rakan sepejabat serta mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmonis dalam kalangan

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak

warga kerja JaPen Sarawak.

Beliau turut mengumumka­n penganuger­ahan Hadiah Khas Media Sosial 2021 JaPen Sarawak yang melibatkan kategori Pejabat Penerangan Paling Aktif bagi mengiktira­f portal media sosial Pusat Maklumat Rakyat (PMR) yang paling aktif dan kategori Individu Paling Aktif bagi menghargai anggota JaPen paling komited dan aktif dalam tugasan media sosial.

Seramai 263 pegawai dan anggota JaPen menyertai sesi yang berlangsun­g secara maya ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Aziz Abdul Rahman, para pegawai daripada kumpulan profesiona­l dan pengurusan JaPen Sarawak serta semua pegawai penerangan daerah dan anggota JaPen di stesen masing-masing.

 ??  ?? RASMI: Swady melancarka­n kempen Senyum dan Sapa (SS).
RASMI: Swady melancarka­n kempen Senyum dan Sapa (SS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia