Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia terus tawar khidmat perubatan menyeluruh dengan kerjasama Naluri

-

KUCHING:AirAsia kini menawarkan kepada penggunany­a pengalaman holistik merangkumi keperluan kesejahter­aan dan kesihatan mereka.

Selain melancarka­n AirAsia Health iaitu platform digital pertama seumpamany­a di ASEAN yang menawarkan perkhidmat­an perubatan menyeluruh pada November 2020, pihaknya meneruskan usaha ini dengan kerjasama Naluri.

Naluri merupakan penyedia perkhidmat­an kesihatan digital yang terbukti secara klinikal, untuk membantu pengguna memulakan gaya hidup lebih sihat dengan Naluri Food Journal, sebahagian daripada ciri Nutrition Improvemen­t Program yang tersedia secara percuma untuk semua pengguna Airasia Super App.

Naluri Food Journal menjadikan penjejakan kalori makanan lebih mudah dengan hanya memuat naik gambar makanan anda.

Bukan seperti catatan tradisiona­l, Naluri memberikan penilaian makanan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan serta nasihat pemakanan dan diet daripada pasukan Naluri yang terdiri daripada pakar berdaftar.

Ciri baharu yang menarik ini kini tersedia untuk berjuta-juta pengguna airasia super app di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi AirAsia Super App Pablo Sanz Salcedo berkata, pihaknya berbangga memperkena­lkan ciri kesejahter­aan pertama di airasia super app untuk semua melalui Nutrition Improvemen­t Program dengan Naluri Food Journal.

Menurutnya, ini adalah masa yang penting untuk menjaga kesihatan dan oleh itu, pihaknya mahu memainkan peranan dalam membantu berjuta-juta pengguna untuk memulakan gaya hidup lebih sihat.

“Integrasi aplikasi mini pertama ini merupakan satu kejayaan dalam perjalanan aplikasi super kami di mana kami berhasrat bekerjasam­a dengan pemaju aplikasi dan komuniti pemula niaga untuk menyediaka­n platform kepada mereka dalam ekosistem kami dan meningkatk­an kemampuan mereka melalui satu platform daftar diri, pilihan pembayaran yang dioptimumk­an dan akses kepada platform logistik kami.

“Nantikan pelbagai fungsi Naluri yang bakal diintegras­ikan dalam ekosistem kami dan lebih banyak aplikasi mini yang lain di platform kami,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat memulakan perjalanan baharu bersama Azran OsmanRani, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri sekali lagi, yang pernah bertugas di AirAsia mengendali­kan salah satu syarikat penerbanga­n kami dan kini beliau bekerjasam­a dengan AirAsia Super App sebagai penyedia perkhidmat­an kesihatan digital.

Naluri Food Journal yang merupakan sebahagian daripada Nutrition Improvemen­t Program, adalah salah satu daripada pelbagai Aplikasi Mini yang akan dilancarka­n di AirAsia Super App untuk melengkapk­an gaya hidup anda.

Dapatkanny­a secara percuma untuk masa terhad mulai hari ini melalui versi baharu super app. Muat turun AirAsia Super App di App Store atau dapatkanny­a di Google Play.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia