Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen vaksin COVID-19 JPNIN Bahagian Sibu dilancarka­n

-

SIBU: Program Malaysia Prihatin: Komuniti Kejiranan Rukun Tetangga-Vaksin Untuk Semua Bahagian Sibu telah dilancarka­n di Pusat KRT Taman Soon Hup di sini, Sabtu lalu.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu itu dilancarka­n Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen.

Dalam ucapannya Nurfatimah berkata, dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19, Kempen Jom Daftar Vaksin COVID-19 adalah satu inisiatif Kementeria­n Perpaduan Negara yang terlibat secara langsung dalam memastikan jenteranya serta masyarakat sekeliling untuk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Secara keseluruha­nnya, perjalanan program telah mendapat kerjasama daripada semua ahli KRT, Skim Rondaan Sukarela (SRS), Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) serta masyarakat setempat.

“Diharapkan agar kempen ini akan diteruskan dan dilaksanak­an di semua KRT serta Tabika Perpaduan Bahagian

Sibu,” katanya.

Program dihadiri ahliahli jawatankua­sa Rukun Tetangga, SRS serta JPTP Bahagian Sibu.

Menurutnya, antara pengisian program adalah seperti taklimat kepentinga­n vaksin COVID-19 kepada masyarakat serta pembukaan kaunter pendaftara­n vaksin COVID-19.

Antara kaedah pendaftara­n yang dibuka pada hari tersebut ialah pendaftara­n melalui kaedah borang Jom Kempen Vaksin COVID-19, pendaftara­n menggunaka­n aplikasi MySejahter­a dan mengisi borang di laman sesawang www.vaksincovi­d. gov.my.

“Setelah selesai pendaftara­n menggunaka­n kaedah tersebut, AJK RT dan anggota SRS yang telah berdaftar kemudianny­a dibantu pihak kami untuk mengisi pengesahan pendaftara­n vaksinasi (Perpaduan) melalui pautan google.form yang disediakan pihak Kementeria­n Perpaduan Negara.

“Program ini juga telah mendapat sambutan menggalakk­an daripada semua ahli serta masyarakat yang hadir pada hari tersebut,” ujarnya.

 ??  ?? BERJAYA: Nurfatimah (duduk, kanan) merakam kenangan bersama perserta yang hadir pada program Malaysia Prihatin: Komuniti Kejiranan Rukun Tetangga-Vaksin Untuk Semua Bahagian Sibu di Pusat KRT Taman Soon Hup,Sibu, Sabtu lalu.
BERJAYA: Nurfatimah (duduk, kanan) merakam kenangan bersama perserta yang hadir pada program Malaysia Prihatin: Komuniti Kejiranan Rukun Tetangga-Vaksin Untuk Semua Bahagian Sibu di Pusat KRT Taman Soon Hup,Sibu, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia