Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh ahli ‘Geng Dolphin Boy’ diberkas polis

-

MIRI: Tujuh lelaki tempatan yang dipercayai ahli kumpulan ‘Geng Dolphin Boy’ tumpas setelah berjaya ditangkap polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar bandar raya ini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, tangkapan dibuat menerusi Ops Cantas oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

“Ahli kumpulan ini dianggotai warga tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun dan berdasarka­n maklumat yang diperolehi, kumpulan ini diketuai seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 35 tahun dan mula aktif sejak tahun 2018.

“Ahli ‘Geng Dolphin Boy’ tidak mempunyai sebarang tanda nama atau simbol khas namun kebanyakan ahli dipercayai bekerja sebagai penarik kereta dan sering melakukan kekecohan serta kekerasan di sekitar bandar raya Miri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Hakemal berkata, suspek dipercayai sering terlibat dalam pergaduhan di pusat hiburan di mana ahli kumpulan ini sering bertindak agresif mencederak­an mangsa dengan menggunaka­n senjata tajam atau belantan kayu.

“Berikutan itu, PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menahan kesemua ahli kumpulan ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melakukan rusuhan dengan menggunaka­n senjata, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan cedera dengan menggunaka­n senjata berbahaya.

“Selain daripada itu, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) iaitu Akta 297 boleh juga diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah kekerasan,” ujar beliau.

Dalam pada itu, PDRM ingin mengingatk­an kepada masyarakat agar tidak melakukan sebarang bentuk jenayah kekerasan.

PDRM juga tidak akan berkomprom­i dengan manamana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti gengsteris­me serta tindakan tegas akan diambil ke atas semua pihak yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia