Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Penerangan Daerah Kuching anjur Perhimpuna­n Sivik di Pasar Demak Laut

- Sumbangan Mohd Bohari & Betti Anggreani Sukoria

KUCHING: Jabatan Penerangan Daerah Kuching telah menganjurk­an Perhimpuna­n Sivik (Program Info On Wheels) di Pasar Demak Laut, Jalan Bako Petra Jaya di sini, baru-baru ini.

Memandangk­an penularan pandemik COVID-19 masih berlaku, aktiviti perhimpuna­n berlangsun­g secara sederhana, ringkas dan terhad dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Antara aktiviti yang sempat laksanakan ialah hebahan mengenai Proklamasi Darurat, Kaedah Pendaftara­n Penerima Vaksin COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasukan Pertugas Kebangsaan (National Task Force).

Hebahan dibuat melalui pembesar suara dari kenderaan Jabatan Penerangan ke kawasan kawasan seperti Pasar Demak Laut, Pine Villa Demak, Dusun Bayu, Pristana Garden Homes dan Taman Sepakat Jaya.

Selain itu jabatan juga mengedar risalah, poster dan buku kecil tentang Proklamasi Darurat, poster pembudayaa­n norma baharu bagi mencegah penularan COVID-19 dan Belanjawan 2021 Teguh Kita Menang Bersama Matlamat Satu Kesejahter­aan Rakyat.

Menurut maklumat Jabatan Penerangan Daerah Kuching, masyarakat di daerah Kuching amnya menerima baik penguatkua­saan Darurat dan PKPB demi mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Antara isu-isu yang dimaklumka­n kepada Jabatan Penerangan Daerah Kuching pula ialah penjarakan fizikal kurang diamalkan terutama di kawasan awam, masih ada yang tidak menggunaka­n pelitup muka serta memandang ringan terhadap SOP di kedai makan dan kawasan kampung selain kurang kesedaran terhadap bahaya penularan COVID-19 kerana terdapat sesetengah masyarakat yang masih berkumpul secara beramai-ramai.

Jabatan menasihatk­an orang ramai agar terus mengamalka­n penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Turut serta menjayakan program tersebut ialah Pembantu Penerangan Betti Anggreani Sukoria yang mewakili Pegawai Penerangan Daerah Kuching, Pembantu Penerangan Sharifah Faridah Wan Razali dan Juruaudio Visual Mohamad Huzaiman Jeman.

Sementara jemputan khas ialah Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Dan Keselamata­n (JKKK) Taman Pine Villa Demak Laut Muhamad Bohari, Setiausaha Jawatankua­sa Keselamata­n Kampung dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Dusun Bayu Ishak Sabtu serta beberapa orang ahli jawatankua­sa JKKK Pine Villa.

Aktiviti berakhir dengan sesi foto beberapa aktiviti dengan mematuhi SOP COVID-19 di sekitar Demak Laut Commercial Centre, Pasar Demak Laut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia