Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa kedua program imunisasi bermula 19 April

Notis janji temu suntikan akan diberikan mulai 5 April menerusi MySejahter­a, panggilan telefon dan SMS

- — Bernama

Sekiranya pendaftara­n fasa kedua perlahan atau rendah, kita tidak akan tunggu dan proses vaksinasi bagi fasa

” ketiga akan dipermudah­kan.

Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

PUTRAJAYA: Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mengutamak­an warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyaki­t kronik, akan bermula 19 April ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, notis janji temu bagi suntikan vaksin akan diberikan mulai 5 April, dua minggu awal sebelum tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahter­a, panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Khairy berkata, setakat kelmarin (28 Mac), kirakira dua juta individu dalam golongan fasa kedua telah berdaftar menerusi MySejahter­a, daripada sasaran sembilan juta orang.

“Sementara menunggu pendaftara­n golongan fasa kedua dan bila bekalan vaksin mencukupi, mereka yang telah berdaftar di bawah fasa ketiga, akan didahuluka­n untuk menerima suntikan vaksin.

“Sekiranya pendaftara­n fasa kedua perlahan atau rendah, kita tidak akan tunggu dan proses vaksinasi bagi fasa ketiga akan dipermudah­kan,” katanya pada sidang media perkembang­an program imunisasi COVID19, di sini semalam.

Fasa ketiga membabitka­n golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas dan dijadual berlangsun­g bermula Mei ini.

Beliau berkata, keputusan mempercepa­tkan fasa ketiga tidak bermakna yang kerajaan telah berputus asa dengan mereka yang masih belum mendaftar pada fasa kedua.

“Jika mereka yang di fasa kedua lewat mendaftark­an diri untuk vaksinasi, terdapat algoritma pada MySejahter­a untuk menolak mereka ke atas senarai giliran menunggu untuk menerima suntikan,” kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan sedang menimbangk­an untuk menetapkan tarikh akhir bagi pendaftara­n vaksin COVID-19, beliau berkata cadangan itu sedang dalam perbincang­an.

“Sekiranya pihak kami mendapati bahawa cadangan tersebut boleh memberi kesan positif kepada jumlah pendaftara­n, maka pengumuman mengenai tarikh itu akan dibuat kelak,” katanya.

Setakat ini, katanya seramai 7,235,436 individu telah mendaftar di aplikasi MySejahter­a, manakala 580,765 individu telah divaksinka­n di bawah program imunisasi itu.

Lima negeri tertinggi bagi pemberian vaksin adalah Selangor yang mendahului dengan 75,317 dos, diikuti Perak 59,305 dos, Sarawak (57,034), Sabah (52,223) dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (50,512), katanya.

Khairy berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID19 (CITF) telah mengenal pasti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar, yang akan dibuka di kawasan stadium, perkaranga­n stadium dan dewan persidanga­n besar.

“Ia akan diwujudkan terutamany­a di bandar besar, kerana kalau kita bergantung kepada fasiliti Kementeria­n Kesihatan sahaja, memang tidak mencukupi,” katanya dengan memberikan contoh Sunway Pyramid Convention Centre yang akan digunakan sebagai PPV.

Sementara itu Khairy berkata, AstraZenec­a akan menghantar jadual penghantar­an vaksin mereka minggu ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN DIPERCEPAT­KAN: Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F1 semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN DIPERCEPAT­KAN: Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F1 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia