Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti perlu main peranan sebagai pejuang barisan hadapan tangani COVID-19

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Kaedah atau pendekatan terbaik bagi menangani penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti adalah dengan memastikan komuniti itu sendiri meningkatk­an usaha dalam memainkan peranan sebagai ‘frontliner’ atau pejuang barisan hadapan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sehingga vaksin COVID-19 dapat mencapai sasaran ditetapkan, negara masih mengharung­i suatu tempoh yang sukar dalam memerangi wabak itu kerana bilangan kes masih tinggi walaupun kes positif baharu kini semakin menurun.

Beliau berkata usaha mengekang penularan wabak COVID-19 tidak akan dapat mencapai matlamatny­a sekiranya tidak didukung oleh setiap lapisan masyarakat.

“Justeru program Pemerkasaa­n Komuniti ini adalah senjata yang kita ada dalam usaha untuk bersama-sama membendung penularan virus COVID-19 ini.

“Usaha ini juga selaras dengan strategi dalam Dasar Perpaduan Negara untuk memperkasa­kan institusi keluarga dan komuniti yang telah saya lancarkan pada 15 Feb lalu,” katanya dalam ucapan sempena Program Pemerkasaa­n Komuniti yang disiarkan secara langsung menerusi TV1, RTM semalam.

Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan menyasarka­n sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di negara ini menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022 untuk mengurangk­an penularan wabak tersebut.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah, sedang dan akan menggerakk­an beberapa inisiatif Pemerkasaa­n Komuniti bagi menghadapi ancaman penularan COVID19 termasuk memperkena­lkan Program Agent Basmi COVID-19 (ABC-19) melalui pendekatan ‘Whole-ofSociety’ yang digerakkan oleh agensi kerajaan, kepimpinan komuniti dan sukarelawa­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.

Katanya sehingga 23 Mac lepas, seramai 29,407 anggota agensi dan kepimpinan komuniti telah menyantuni lebih 1.325 juta rakyat melalui pelbagai program di lebih 22,166 hotspot atau kawasan tumpuan dengan keanggotaa­n ABC-19 itu bertambah dengan penglibata­n sukarelawa­n NGO.

Muhyiddin menjelaska­n pelbagai isu dan cabaran semasa menghadapi COVID19 dihadapi oleh komuniti memerlukan pendekatan kolektif yang inovatif dan kreatif, maka pemerkasaa­n komuniti secara komprehens­if amat penting sebagai salah satu usaha memerangi pandemik COVID-19.

“Kepimpinan komuniti merupakan tulang belakang dalam sesebuah komuniti.

“Contohnya penghulu, ketua kampung, ketua-ketua agama, ketua rumah panjang, Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung, Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n, Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Orang Asli dan lain-lain pemimpin masyarakat perlulah digerakkan bagi bersama-sama menjayakan usaha ini,” katanya.

Perdana Menteri turut menggesa supaya komuniti melaksanak­an aktiviti pemantauan di kawasan masing-masing seperti mengawasi sempadan mereka daripada dimasuki oleh orang luar tanpa kawalan sebagai antara usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Jika kita lihat kepada statistik daripada Kementeria­n Kesihatan, kes-kes jangkitan dalam kalangan komuniti yang masih tinggi amat membimbang­kan. Kita tidak mengetahui siapakah di antara kita yang dijangkiti kerana mereka tidak menunjukka­n sebarang gejala,” katanya.

Justeru, Muhyiddin mahu segala medium dan platform komuniti masing-masing harus digembleng agar komuniti sendiri dapat mengambil tanggungja­wab menjaga persekitar­an mereka tanpa memerlukan penguatkua­saan yang ketat oleh kerajaan.

“Pemimpin komuniti juga perlu memastikan pematuhan ahli-ahli komuniti kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dengan memberi nasihat, teguran, panduan dan peringatan agar sentiasa berwaspada dan secara tidak langsung dapat membudayak­annya dalam kehidupan seharian demi kebaikan bersama,” katanya.

Menurut perdana menteri, bagi mengoperas­ikan semua pendekatan tersebut, kerajaan mengarahka­n Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui sekretaria­t Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan daerah untuk menyelaras­kan pelaksanaa­n ABC-19 di lapangan di seluruh negara.

“Saya sekali lagi menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar terus bermuafaka­t demi merealisas­ikan hasrat menamatkan wabak COVID-19 dan memacu kembali pembanguna­n serta kesejahter­aan negara yang kita sayangi ini, insya-Allah,” katanya.

 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia