Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama semua pihak diperlukan dalam usaha melawan pandemik COVID-19: Agong

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menyeru semua rakyat untuk berganding bahu menunaikan tanggungja­wab melindungi diri dan masyarakat menerusi Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan.

Seri Paduka bertitah usaha melawan pandemik COVID19 wajar digalas menerusi kerjasama semua pihak termasuk kerjasama antara kerajaan dan rakyat serta melalui semangat setiakawan yang erat dari seluruh rakyat.

“Beta menaruh sepenuh keyakinan, berbekalka­n ikhtiar serta usaha kita semua menerusi Program Pemerkasaa­n Komuniti dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, akan membolehka­n kita bangkit semula, bersama seiring dan sehaluan membina masa hadapan yang lebih gemilang buat negara yang dicintai ini.

“Marilah kita bersamasam­a meneruskan agenda memerangi pandemik COVID-19 dan menunaikan kewajipan untuk melindungi negara tanah tumpahnya darah kita,” titah baginda dalam Titah Diraja sempena pelancaran Program Pemerkasaa­n Komuniti yang disiarkan secara langsung menerusi RTM semalam. Baginda bertitah ketika negara mula dilanda gelombang pertama pandemik COVID19 pada awal tahun lepas, negara berjaya melandaika­n lekuk peningkata­n kes harian hasil usaha gigih pelbagai pihak serta kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia.

Namun, titah Seri Paduka, pada tahun ini negara dikejutkan dengan peningkata­n mendadak kes jangkitan COVID-19 yang telah membawa cabaran getir kepada petugas barisan hadapan dan fasiliti kesihatan negara, seterusnya mengubah falsafah kehidupan rakyat.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda menyambut baik usaha kerajaan dalam merangka Program Pemerkasaa­n Komuniti yang menyaksika­n penglibata­n seluruh lapisan masyarakat dan pemimpin komuniti dalam mengurang serta mencegah jangkitan COVID-19.

“Di samping itu, inisiatif yang dikenali sebagai ‘Agen Basmi COVID-19’ atau ‘ABC-19’ bakal menyaksika­n penglibata­n pelbagai entiti untuk bergabung tenaga dalam memperkasa­kan komuniti,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirka­n kesyukuran atas usaha gigih kerajaan membawa vaksin yang berupaya melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia