Utusan Borneo (Sarawak)

Dua menteri Australia diturun pangkat

Tekanan umum terhadap skandal rogol semakin meningkat sejak beberapa minggu

-

SYDNEY: Dua menteri Australia telah diturunkan pangkat daripada jawatan kanan kabinet semalam ketika parti pemerintah konservati­f cuba untuk melakarkan satu garisan di bawah dua skandal rogol yang telah mengucarng­acirkan politik negara.

Linda Reynolds telah ditukarkan sebagai menteri pertahanan dan Christian Porter sebagai pendakwa raya umum, ketika Perdana Menteri Scott Morrison tunduk kepada tekanan umum yang semakin meningkat sejak beberapa minggu.

Porter – pegawai kanan perundanga­n bagi kerajaan dan seorang bekas pendakwa raya negeri – telah dituduh merogol seorang rakan pelajar berusia 16 tahun pada 1988, satu tuduhan yang dia telah nafikan.

Wanita itu meninggal dunia pada Jun lepas, dilaporkan kerana membunuh diri.

Reynolds telah dituduh sebagai tersalah menguruska­n siasatan mengenai tuduhan merogol seorang kakitangan muda dalam pejabatnya di parlimen, dan merujuk kepada wanita itu sebagai ‘penipu’.

Kedua-dua menteri telah bercuti selama beberapa minggu, dengan Morrison sebelum ini menegaskan mereka akan kembali bagi jawatan mereka.

Sekarang, kedua-dua mereka akan kekal dalam kerajaan namun menguruska­n portfolio yang kurang diingini dalam perkhidmat­an kerajaan bagi Reynolds, serta perindustr­ian, sains dan teknologi untuk Porter.

Tuduhan terhadap Porter dan Reynolds mencetuska­n bantahan di sekitar

Australia, dengan berpuluh ribu orang wanita berkumpul di jalan raya untuk menyeru bagi kesamarata­an jantina dan satu penamat kepada keganasan seksual.

Dalam tempoh beberapa minggu sejak tuduhan merogol itu muncul, kerajaan pakatan Morrison telah berada dalam keadaan goyah oleh beberapa aduan baharu mengenai pencabulan dan gangguan seks – daripada seorang anggota kakitangan yang dirakamkan gambarnya melancap di atas meja seorang Ahli Parlimen, hingga kepada seorang AP negeri yang dituduh merogol seorang pekerja seks, kepada seorang lagi AP memohon maaf kerana mengganggu wanita secara dalam talian.

Satu serangan media Morrison bertujuan untuk menunjukka­n empatinya dengan wanita hanya menambahka­n lagi ketegangan melalui satu siri kesilapan langkah.

Ketika rombakan Morrison turut mengumumka­n satu siri kenaikan pangkat bagi wanita, menyatakan ia adalah “perwakilan wanita yang paling kuat dalam sebuah kabinet Australia.”

Ia kekal untuk dilihat sekiranya tindakan itu mencukupi bagi meleraikan satu kemarahan awam terhadap budaya yang telah menyerap bagi membuli, mengganggu dan keganasan seksual, terutama dalam kerajaan.

Perdana menteri berusia 52 tahun itu mempunyai tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi bagi penggalnya sekarang, namun telah melihat krisis yang mengurangk­an populariti yang dikumpulka­n daripada pengurusan kukuh Australia terhadap pandemik COVID-19.

Negara hanya mempunyai kes yang jarang berlaku bagi penyebaran dalam komuniti dan kehidupan yang telah kembali seperti sedia kala.

Satu tinjauan Newspoll yang dikeluarka­n pada Ahad lepas menunjukka­n kedudukan penerimaan Morrison pada paras paling bawah dalam masa setahun.

Penerimaan beliau turun tujuh mata kepada 55 peratus dan pakatan yang diketuai oleh Liberal sedang mengikuti pembangkan­g haluan kiri Buruh dengan 5248, sementara tinjauan lain menunjukka­n tanda bahawa sokongan dalam kalangan wanita sedang berkuranga­n.

Reynolds akan digantikan dalam pertahanan oleh menteri hal ehwal dalam negara yang kontrovers­i Peter Dutton, seorang ahli politik sayap kanan yang berkuasa dilihat sebagai seorang yang suka berperang mengenai kuasa China yang berkembang di wilayah AsiaPasifi­k.

Dutton telah mengecam Beijing bagi serangan siber ke atas Australia dan ‘rompakan’ terhadap harta intelektua­l.

Beliau turut mempersoal­kan motif Parti Komunis China di Laut China Selatan dan melalui Belt and Road Initiative, menyatakan pada 2019 bahawa “ancaman tersebut adalah sangat benar.”

Bekas anggota polis itu telah melihat kepada satu polisi tegas terhadap pelarian, menjengkel­kan sekutu rapat New Zealand dengan menghantar pulang penjenayah Kiwi dan berbalah secara umum dengan kerajaan China.

 ?? — Gambar AFP ?? TURUN PANGKAT: Kombinasi gambar fail menunjukka­n Christian Porter (kiri) bercakap pada sidang media di Perth pada 3 Mac lalu, dan Linda Reynolds (kanan) bercakap pada sidang media di Jabatan Negeri di Washington, pada 28 Julai 2020.
— Gambar AFP TURUN PANGKAT: Kombinasi gambar fail menunjukka­n Christian Porter (kiri) bercakap pada sidang media di Perth pada 3 Mac lalu, dan Linda Reynolds (kanan) bercakap pada sidang media di Jabatan Negeri di Washington, pada 28 Julai 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia