Utusan Borneo (Sarawak)

Romania siasat ugutan bunuh terhadap pengarah teater Yahudi

-

BUCHAREST: Pihak berkuasa Romania pada Ahad menyatakan mereka sedang menyiasat ugutan bunuh yang diterima oleh pengarah sebuah teater Yahudi di Bucharest mendakwa dari sebuah parti nasionalis, yang telah menafikan penglibata­n mereka.

Maia Morgenster­n, terkenal kerana telah memegang watak sebagai Virgin

Mary dalam filem arahan Mel Gibson ‘The Passion of the Christ’, mengongsik­an satu pesanan e-mel yang panjang mengandung­i kata-kata penghinaan dan ugutan di dalam akaun Facebook beliau pada Sabtu lepas.

Ia dipercayai ‘dari formasi AUR’ (Alliance for the Unity of

Romanians) dan muncul ketika permulaan cuti Passover Yahudi.

Surat tersebut, sejak dikeluarka­n dari laman, “berjanji akan menghantar api ke teater Yiddish tolol (anda)”, menurut satu paparan yang dilihat oleh AFP.

Siasatan yang dilakukan dengan kolaborati­f bersama pihak perkhidmat­an perisikan telah mengenal pasti dua suspek, lapor rangkaian televisyen Digi24.

Identiti mereka masih tidak didedahkan, namun penggeleda­han dikatakan telah dilakukan di kediaman mereka di Bucharest dan Timisoara.

Presiden AUR George Simion segera menafikan sebarang penglibata­n, menyatakan beliau berasa “kecewa dengan serangan yang meloyakan dan tidak dapat dikatakan.”

Sejarawan Alexandru Muraru, baru-baru ini telah melantik wakil khas kerajaan bagi usaha menentang anti-Semitisme, menyeru pihak polis “untuk menguruska­n kes serius ini dengan segera dan dengan cara paling serius”, menurut satu kenyataan.

Beliau mengecam “ucapan awam yang bersifat xenofobia, anti-Semitik dan berdasarka­n konspirasi” oleh pegawai AUR yang dilantik, menjelaska­n satu “perbuatan merendahka­n” bagi keadaan “yang tidak dijangkaka­n sejak 1990.”

Parti haluan kanan yang rapat dengan Gereja Ortodok, majoriti di Romania, tidak dijangka telah melepasi jangkaan lima peratus bagi memasuki parlimen dalam pilihan raya Disember dan sekarang mempunyai 31 menteri muda.

Seorang aktres filem dan teater yang sangat disegani di Romania, Morgenster­n telah membintang­i lebih daripada 40 filem dan mengarah State Jewish Theatre, salah satu daripada teater Yiddish paling tua di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia