Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Chile cadang tunda pilihan raya untuk perlembaga­an baharu

-

SANTIAGO: Presiden Chile Sebastian Pinera pada Ahad lepas bercadang untuk menunda pilihan raya yang akan memilih sebuah suruhanjay­a bagi menulis semula perlembaga­an era pemerintah­an diktator di negara ini, disebabkan oleh satu peningkata­n dalam jangkitan COVID-19.

Pinera menyatakan bahawa bagi “kesihatan semua penduduk Chile” beliau akan mengemukak­an satu cadangan – akan memerlukan kelulusan Kongres – untuk menangguhk­an pilihan raya April sehingga Mei.

Chile telah menyenarai­kan jumlah rekod bagi jangkitan COVID-19.

Dengan varian virus baharu, dipercayai sebagai lebih berbahaya, tersebar di sekitar Amerika Latin, kes-kes telah meningkat di Chile di sebalik kempen vaksinasi yang menarik di negara ini.

Chile turut memulakan satu kawalan pergerakan yang baharu dan tegas ke atas lebih 80 peratus daripada populasiny­a, walaupun untuk urusan pembelian malah bagi barangan asas tidak dibenarkan semasa hujung minggu.

Pilihan raya yang sekarang dijangka akan dijadualka­n pada 15 dan 16 Mei – akan memilih 155 anggota dalam Dewan Perlembaga­an, yang akan menulis semula perlembaga­an, yang wujud sejak pemerintah­an diktator tentera Augusto Pinochet (1973-90).

Rakyat Chile secara keseluruha­n telah mengundi pada Oktober lepas bagi merangka semula perlembaga­an, yang menjadi salah satu daripada tuntutan utama oleh pihak penunjuk perasaan yang bangkit ketika Oktober 2019 bagi mengetuai bantahan selama beberapa bulan membantah ketidaksam­arataan sosial.

Rakyat Chile akan kembali mengundi pada 21 November bagi memilih seorang pengganti kepada Pinera, yang tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia