Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbitan filem ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ guna dana FINAS

-

PENERBITAN filem ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ yang memenangi kategori Seram dan Sains Fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapore 2021 barubaru ini, menggunaka­n peruntukan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurut kenyataan Finas, dana bagi filem yang menggabung­kan elemen seram dan aksi serta mengetenga­hkan kisah pahlawan Dayak Sarawak sekali gus mempromosi budaya, kepelbagai­an etnik serta bahasa tempatan Sarawak kepada dunia itu diluluskan pada 2017.

“Tahniah dan syabas atas kejayaan filem ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainm­ent Sdn Bhd,” demikian menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengucapka­n tahniah atas kejayaan filem tersebut dan menyifatka­n kemenangan itu membuktika­n negara tidak ketandusan bakat dalam menghasilk­an karya seni berkualiti antarabang­sa selain meneruskan kesinambun­gan kejayaan filem dan terbitan kreatif tempatan di peringkat global.

Terkini, filem ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ sekali lagi melakar kejayaan di peringkat antarabang­sa apabila memenangi kategori Filem

Terbaik dan Filem Seram Terbaik di Internatio­nal Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia, kelmarin.

Bersyukur di atas kemenangan itu, penerbit dan pengarahny­a Ray Lee, 45, melahirkan perasaan bangga kerana dapat mengharumk­an nama Malaysia di persada antarabang­sa.

“Kami berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua penggiat filem muda lain supaya tidak berputus asa menerbitka­n karya kreatif demi mengharumk­an nama negara,” katanya.

Lebih membanggak­an, Ray berkata filem berkenaan turut tercalon di Los Angeles Marina Del Rey Film Festival (LAMDRFF) bagi kategori Filem Cereka Terbaik (Best Feature Film).

‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ mengisahka­n sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila yang menggabung­kan elemen seram serta aksi masyarakat Dayak di Sarawak.

Filem itu menampilka­n barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia Katrina Grey.

Filem edaran Metrowealt­h Pictures Sdn Bhd itu dijangka ditayangka­n di pawagam tempatan pada Ogos depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia