Utusan Borneo (Sarawak)

Tularkan isu kompaun RM10,000 tidak benar, polis terima surat pemohonan maaf Uncle Kentang

- — Bernama

IPOH: Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang sebelum ini bertindak memuat naik status di laman Facebookny­a mengenai kompaun RM10,000 yang diterima pihak ketiga, walhal perkara itu tidak berlaku telah memohon maaf kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, melalui sepucuk surat pada 22 Mac lepas.

“Beliau (uncle kentang) menjelaska­n menerima maklumat daripada ibu kepada individu yang mendakwa dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan berharap pihaknya dapat membantu namun hasil siasatan mendapati ia tidak benar.

“Individu berkenaan hanya cuba menipu ibunya dengan mengatakan dikenakan kompaun sebagai alasan untuk tidak mengirim wang,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perbarisan

Peringatan Hari Polis Ke-214 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini semalam.

Status yang dimuat naik Uncle Kentang menerusi Facebook ‘Kuan Chee Heng’ pada 14 Mac lepas itu turut dikongsika­n laman sosial Facebook bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendapat perhatian ramai.

Dalam status tersebut, Chee Heng memuat naik kompaun pelanggara­n Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarka­n di Kampung Rapat di sini pada 14 Mac lepas.

Maklumat dalam status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 semasa keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimka­n wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan selain gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.

A. Asmadi menjelaska­n siasatan oleh pihaknya juga mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarka­n oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh.

Justeru, katanya orang ramai diminta supaya tidak terus menularkan isu berkenaan kerana ia akan menjejaska­n imej dan iltizam pasukan polis untuk memberi perkhidmat­an terbaik.

Terdahulu, beliau menyampaik­an surat penghargaa­n kepada 184 penerima terdiri daripada pasukan polis, orang awam dan petugas media sebagai motivasi atas kerjasama yang diberikan kepada IPD Ipoh.

Wartawan Bernama Rozainah Abdul Rahim merupakan antara 12 petugas media yang turut meneima surat penghargaa­n atas komitmen dan kerjasama dalam membantu pihak polis melaporkan maklumat yang tepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia