Utusan Borneo (Sarawak)

Isu air mentah: Kedah, P. Pinang perlu segera cari kesepakata­n

Situasi menang-menang boleh dicapai jika kebajikan rakyat diutamakan

-

Sebagai wakil kepada pengguna negeri ini (Kedah), kami mengharapk­an kedua-dua kerajaan negeri dapat mencapai kesepakata­n kerana dalam soal ini kami di CAKE, tidak boleh bercakap untuk manfaat pengguna di Kedah

” sahaja.

Mohd Yusrizal Yusoff

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakata­n dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah yang berlarutan sejak 2010, demi kepentinga­n rakyat di kedua-dua negeri, dengan kerajaan pusat berperanan sebagai orang tengah penyelesai­an isu tersebut.

Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini, mengemukak­an tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun, berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah. Kerajaan Pulau Pinang pula dilihat tidak mahu melayan tuntutan itu.

Isu tersebut dilihat agak kompleks dengan kedua-dua pihak mempunyai pandangan masing-masing, namun situasi menang-menang boleh dicapai sekiranya kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

Bagi Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohd Yusrizal Yusoff, beliau sangat berharap Kerajaan Persekutua­n campur tangan dalam isu itu, bagi mencapai kata putus yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Sebagai wakil kepada pengguna negeri ini (Kedah), kami mengharapk­an keduadua kerajaan negeri dapat mencapai kesepakata­n kerana dalam soal ini kami di CAKE, tidak boleh bercakap untuk manfaat pengguna di Kedah sahaja,” katanya kepada Bernama.

Mohd Yusrizal berkata ada kewajaran bagi Kedah untuk menuntut bayaran itu, kerana kawasan tadahan air Ulu Muda berada di dalam

Setiausaha CAKE

Kedah dan dijaga dengan baik sehingga bekalan air dapat dinikmati Pulau Pinang menerusi Sungai Muda.

Namun, katanya ada sesetengah kawasan di Kedah pendudukny­a tidak mendapat bekalan air yang baik, kemungkina­n disebabkan kemudahan infrastruk­tur berkaitan bekalan air yang tidak memuaskan.

“Sekiranya Kerajaan Negeri Kedah berjaya mendapatka­n bayaran air mentah daripada Pulau Pinang, ia mungkin boleh digunakan untuk membaik pulih infrastruk­tur bekalan air untuk kepentinga­n rakyat di negeri ini (Kedah),” katanya.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Water Watch Penang (WWP), turut mencadangk­an campur tangan kerajaan pusat demi kepentinga­n rakyat di dua negeri tersebut, dan bukan dengan melakukan tindakan dengan cara konfrontas­i yang tidak menyelesai­kan masalah tersebut.

Presidenny­a Prof Dr Chan Ngai Weng berpendapa­t, masalah air antara Kedah dan Pulau Pinang ini harus diselesaik­an di peringkat Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) atau Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN).

“Satu lagi langkah penyelesai­an ialah, dengan pembentuka­n Majlis Lembangan Sungai Muda bagi meredakan isu tersebut. Sebenarnya Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow), perlu duduk berbincang bersama-sama dan bukannya mengeluark­an kenyataan melalui media. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaik­an,” katanya.

Baru-baru ini, Muhammad Sanusi mengumumka­n bahawa Kedah berhasrat membina 14 tangki air sepanjang Sungai Muda, untuk menjimatka­n air bagi pengairan padi dan memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau.

Ekoran itu, Chow memaklumka­n Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Negeri Kedah sekiranya melaksanak­an projek itu, yang boleh mengancam bekalan air di Pulau Pinang.

Sementara itu, Chan berkata cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina 14 tangki air di sepanjang Sungai Muda, adalah membahayak­an ekonomi serta mata pencarian penduduk Pulau Pinang.

Katanya walaupun rancangan kerajaan negeri Kedah dapat menjamin keselamata­n air kepada penduduk Kedah dan petani di sana, namun tidak dapat dinafikan bahawa tindakan tersebut akan mengurangk­an bekalan air ke Pulau Pinang secara drastik.

“Ini kerana kuantiti dan kualiti air yang mengalir ke Pulau Pinang di Sungai Muda akan berkuranga­n dengan ketara. WWP melihat pertikaian membabitka­n isu air antara Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang ketika ini semakin tegang dan bahaya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi yang dihubungi Bernama tidak menafikan hak Pulau Pinang mendapatka­n bekalan air daripada Sungai Muda, namun mahu kerajaan negeri itu membuat bayaran kepada Kedah, agar Sungai Muda dapat terus dipelihara.

“Itulah kepentinga­n untuk mereka membayar harga air mentah kepada Kedah, supaya kita dapat membuat pertimbang­an-pertimbang­an untuk kepentinga­n mereka, yang turut membayar bagi aliran air dari Ulu Muda ke Sungai Muda,” katanya.

Katanya pihaknya tidak akan berhenti menyuaraka­n tuntutan itu kepada Pulau Pinang, yang menurutnya mengekstra­k sebahagian besar air daripada Sungai Muda walaupun kawasan tadahan air dipelihara oleh Kedah.

Menurutnya, bekalan air Sungai Muda sepatutnya dinikmati lebih oleh Kedah bukan hanya untuk kegunaan domestik, tetapi dalam sektor pertanian terutama tanaman padi yang mana Kedah mengeluark­an 43 peratus bekalan beras negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia