Utusan Borneo (Sarawak)

Empat ADUN BERSATU di Pulau Pinang boikot sesi libat urus

-

GEORGE TOWN: Semua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU di Pulau Pinang bertindak memboikot sesi libat urus melibatkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan semua barisan ADUN yang bermula semalam.

Empat ADUN berkenaan ialah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).

Dalam kenyataan bersama, mereka memaklumka­n bahawa tindakan memboikot itu dilakukan berikutan dakwaan pimpinan kerajaan Pulau Pinang bertindak berat sebelah kerana telah menarik balik peruntukan yang diluluskan pada 20 Jan lepas kepada ADUN pembangkan­g berjumlah RM60,000, menerusi surat yang dikeluarka­n pada 19 Feb lepas.

“Peruntukan tersebut amat penting untuk setiap ADUN bagi melaksanak­an projek infrastruk­tur kemudahan rakyat dan awam, namun kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk bermain politik dan tidak profesiona­l terhadap ADUN Pembangkan­g tanpa menghirauk­an cabaran yang terpaksa dihadapi oleh rakyat pada hari ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, keempat-empat ADUN itu turut mendesak kerajaan Pulau Pinang untuk berhenti menghukum rakyat dan tidak bermain politik ketika majoriti rakyat masih berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi.

Sesi libat urus yang berlangsun­g dua hari bermula semalam dijalankan bagi membolehka­n setiap Exco mengemas kini perkembang­an dan pelaksanaa­n dasar dan projek di bawah portfolio masing-masing berikutan penggantun­gan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya berlangsun­g pada April ini susulan Pengisytih­aran Proklamasi Darurat yang diumumkan Kerajaan Persekutua­n.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan ketika ini komposisi kerusi DUN dipimpin Pakatan Harapan (PH) dengan DAP memegang 19 kerusi, PKR (12 ), Amanah (dua), manakala Perikatan Nasional menerusi Bersatu mempunyai empat kerusi, PAS (satu) dan UMNO (dua) kerusi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH MEMORANDUM: Mohammad Azlan (kanan) menerima memorandum daripada Zambri di pekarangan ibu pejabat SPR, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SERAH MEMORANDUM: Mohammad Azlan (kanan) menerima memorandum daripada Zambri di pekarangan ibu pejabat SPR, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia