Utusan Borneo (Sarawak)

Srikandi Bersatu kekal teguh bersama PM Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Srikandi Bersatu akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan sedia bertanding semua kerusi, sekiranya UMNO tidak mahu bertoleran­si.

Ketuanya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata politik yang sihat, mencipta rasa keamanan dan keharmonia­n kepada rakyat amatlah penting, dalam memastikan ketenteram­an rakyat dan kestabilan ekonomi terpelihar­a, terutama ketika negara dilanda krisis pandemik COVID-19.

“Saya percaya kehidupan rakyat di negara ini sudah cukup terkesan dengan pandemik COVID-19. Sedemikian, sebagai ahli politik yang diberikan mandat oleh rakyat, saya dan semua ahli Srikandi Bersatu akan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat di akar umbi, dan bukannya menambahka­n lagi kegelisaha­n rakyat.

“Ini adalah masanya untuk mendahuluk­an kepentinga­n rakyat, terutamany­a dalam melaksanak­an pelbagai inisiatif rangsangan ekonomi yang telah diumumkan untuk kebajikan rakyat, seperti Pakej Rangsangan­EkonomiPri­hatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Bantuan Perlindung­an Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA),” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata Srikandi Bersatu berpegang kukuh menjunjung prinsip perjuangan parti, yang sentiasa mengutamak­an perpaduan dan keharmonia­n antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamata­n negara, serta memacu pembanguna­n ekonomi yang mapan, demi kepentinga­n rakyat dan negara.

Sehubungan itu, Rina berkata segala bentuk provokasi dan cubaan mengganggu gugat kestabilan politik di negara ini perlu dihentikan.

Beliau juga menyeru semua pihak supaya bersatu tanpa mengira ideologi politik dalam memerangi pandemik COVID-19 dan fokus perlu diberikan kepada usaha kerajaan dalam mewujudkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia