Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka rangka kerjasama pelanconga­n dua hala dengan negeri lain: Exco

-

MELAKA: Kerajaan Melaka merancang mengadakan kerjasama dengan beberapa negeri lain bagi program pelanconga­n dua hala menerusi pelaksanaa­n gelembung perjalanan bagi menyokong kelangsung­an operasi pengiat industri itu.

Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata ia termasuk kerjasama pelanconga­n dengan Terengganu menerusi Pakej Pelanconga­n Garam Di Laut, Asam di Darat Melaka-Terengganu.

Beliau berkata program itu menggunaka­n perkhidmat­an ejen kembara pelanconga­n dan premis penginapan pelancong yang berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Untuk merealisas­ikan hasrat itu, lawatan kerja ke negeri akan diadakan bermula hari ini sehingga 1 April dengan membawa cadangan pakej tersebut kepada kerajaan Terengganu.

“Kedua-dua negeri mempunyai kelebihan masingmasi­ng dalam sektor pelanconga­n dengan Terengganu popular dengan keunikan pulau-pulaunya manakala Melaka terkenal dengan tempat bersejarah,” katanya pada sidang akhbar di Ayer Keroh di sini, semalam.

Jailani berkata keputusan pelaksanaa­n kerjasama dan pakej yang bakal disediakan tersebut hanya akan diumumkan selepas lawatan kerja itu.

Beliau berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada pakej-pakej tertentu berdasarka­n negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) lain antaranya Pulau Pinang, Sabah dan sebagainya untuk merancakka­n semula industri berkenaan.

Dalam pada itu, Jailani berkata Menara Taming Sari, Melaka dijangka mula beroperasi semula April depan selepas lebih tujuh bulan ditutup kepada pengunjung berikutan kerja-kerja baik pulih dan penyelengg­aran.

“Insya-Allah sebelum Ramadan, menara ini akan kembali dibuka kepada pengunjung. Saya yakin ia akan mendapat sambutan kerana sebelum ini ia menerima kunjungan lebih sejuta pengunjung,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia