Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan gesa JPS tangani isu pencemaran kerang di Sungai Juru

-

BUKIT MERTAJAM: Persatuan Nelayan Unit B Kuala Juru di sini merayu pihak yang berkenaan agar mengambil peduli masalah yang dihadapi mereka berikutan kerja-kerja mendalamka­n Sungai Juru sejak Disember lepas menyebabka­n ternakan kerang mereka tercemar.

Ketuanya Baharu Edin berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang pada awal bulan ini, namun hingga kini tiada tindakan diambil.

“Kerja mendalamka­n sungai itu menyebabka­n berlaku mendapan lumpur, selain selut yang dikorek juga diletakkan di tebing sungai, tidak seperti dijanjikan iaitu diangkut ke tempat lain.

“Apabila air deras, lumpur akan mendap kembali ke bawah dan hidupan kerang akan terjejas,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Baharu, 74, mendakwa projek tersebut menyebabka­n kawasan ternakan kerang seluas 27.9 hektar di sepanjang Sungai Juru musnah dengan anggaran nilai benih kerang yang rosak sekitar RM130,000.

“Kalau ikut anggaran, benih kerang terbabit boleh menghasilk­an pendapatan sekitar RM700,000 apabila dituai kelak,” katanya, dan turut mendakwa peraih yang membeli kerang ternakan mereka memulangka­n kembali kerang tersebut kepada nelayan kerana berbau busuk serta dicemari sisa lumpur.

“Kami harap sangat pihak JPS atau mana-mana agensi terlibat untuk datang lihat sendiri situasi yang kami alami kerana kami bukannya daripada golongan yang senang,” katanya, menambah kawasan terbabit diusahakan oleh 15 nelayan.

Sementara itu, Pengarah JPS Pulau Pinang Syukri Muslim ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut dan buat masa ini kerja-kerja mendalamka­n sungai berkenaan dihentikan sementara waktu.

“Kita belum dapat laporan rasmi daripada Jabatan Perikanan Pulau Pinang sama ada kerang-kerang tersebut mati disebabkan faktor semula jadi ataupun kesan daripada kerja-kerja mendalamka­n sungai, jadi saya harap semua pihak bersabar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENDAPATAN TERJEJAS: Baharu menunjukka­n timbunan kulit kerang di pesisiran jeti nelayan Unit B Kuala Juru di Bukit Mertajam baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENDAPATAN TERJEJAS: Baharu menunjukka­n timbunan kulit kerang di pesisiran jeti nelayan Unit B Kuala Juru di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia