Utusan Borneo (Sarawak)

EAIC umum pemenang pertanding­an fotografi

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) semalam mengumumka­n tiga pemenang hadiah utama pertanding­an fotografi bertemakan ‘Penguat Kuasa & Masyarakat #mulakanden­ganintegri­ti, yang berlangsun­g mulai 4 Dis tahun lepas hingga 8 Jan yang lalu.

Pemenang pertama bagi pertanding­an itu diberikan kepada Munson Lasmat, Irwan Majid (kedua) dan Khairul Ikmal Khairuddin (ketiga), dengan masingmasi­ng membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, RM750 dan RM500, cenderamat­a barangan EAIC dan sijil penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutit EAIC Norhayati Ahmad berkata, pertanding­an berkenaan dianjurkan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat dan penguatkua­sa, mengenai integriti serta keyakinan komuniti terhadap mutu perkhidmat­an agensi penguatkua­saan di negara ini.

Beliau berkata sebanyak 125 penyertaan telah dihantar oleh orang awam sepanjang tempoh pertanding­an berlangsun­g, dengan jumlah keseluruha­n 317 foto.

“Seramai 30 peserta lain turut menerima hadiah sagu hati berupa cenderamat­a barangan EAIC beserta sijil penyertaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Norhayati berkata, EAIC telah menerima penyertaan foto yang memaparkan penguatkua­sa memberikan perkhidmat­ankepadama­syarakat, ketika sedang bertugas di lapangan yang menepati tema pertanding­an.

Untuk melihat koleksi foto pemenang pertanding­an, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi EAIC di www.eaic. gov.my atau melalui laman media sosial ‘eaicoffici­al’ di Facebook, Instagram dan Flickr. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Zailani (belakang, tiga kiri) bergambar bersama pengamal media Kelantan selepas meyampaika­n sijil penghargaa­n pada Perhimpuna­n Setia JPJ Kelantan di pekarangan JPJ Panji di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Zailani (belakang, tiga kiri) bergambar bersama pengamal media Kelantan selepas meyampaika­n sijil penghargaa­n pada Perhimpuna­n Setia JPJ Kelantan di pekarangan JPJ Panji di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia