Utusan Borneo (Sarawak)

PGA rampas 26 tan beras tidak bercukai bernilai RM2.65j di Klang

-

KLANG: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am Briged Tengah telah merampas 26 tan beras tidak bercukai bernilai RM2.65 juta, yang dipercayai diseludup masuk dari India untuk pasaran tempatan dalam satu operasi yang dijalankan pasukan itu, pada Sabtu lepas di sekitar Klang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Supt Rizal Mohamed berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis telah menahan tiga individu dalam keadaan mencurigak­an, yang sedang memunggah guni berwarna putih dari sebuah kontena ke dalam sebuah stor di Jalan Telok Gadong, Pelabuhan Klang.

Beliau berkata ketika serbuan dijalankan, pihak polis berjaya menahan dua lelaki warganegar­a Malaysia berumur 37 tahun dan 38 tahun, serta seorang lelaki warganegar­a India berumur 26 tahun.

“Pihak polis telah merampas 78 guni beras, 259 kampit beras dan 60 kotak beras pelbagai jenama, yang dipercayai diseludup dengan anggaran berat 13 tan beserta satu trailer kontena.

“Hasil pemeriksaa­n di stor pula, pasukan polis telah menemui 214 guni beras, 459 kampit beras dan 200 kotak beras pelbagai jenama, dipercayai tidak bercukai dengan anggaran berat 13 tan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, tangkapan dan rampasan tersebut berjaya memutuskan salah satu rangkaian sindiket pengedaran beras seludup atau tidak bercukai di sekitar Klang.

“Suspek yang ditahan dan barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor, atas kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM25,000 dan semua barangan dirampas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Rizal (tiga kiri) menunjukka­n sebahagian 26 tan beras tidak bercukai yang dirampas dalam Op Kontraban yang dipercayai diseludup masuk dari India untuk pasaran tempatan pada sidang akhbar di Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Taman Perindustr­ian Bandar Sultan Suleiman di Klang, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Rizal (tiga kiri) menunjukka­n sebahagian 26 tan beras tidak bercukai yang dirampas dalam Op Kontraban yang dipercayai diseludup masuk dari India untuk pasaran tempatan pada sidang akhbar di Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Taman Perindustr­ian Bandar Sultan Suleiman di Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia