Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 97.5 peratus sudah terima suntikan di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Kirakira 97.5 peratus daripada lebih 40,000 penerima vaksin dalam fasa pertama program imunisasi COVID-19 kebangsaan di Pulau Pinang sudah menerima suntikan mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Agroteknol­ogi dan Keselamata­n Makanan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Norlela Ariffin berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kini sudah bersiap sedia untuk melaksanak­an fasa kedua mulai April ini, yang membabitka­n warga emas dan pesakit kronik.

Beliau berkata kerajaan negeri juga telah berjaya memperoleh tambahan lebih 2,000 dos vaksin COVID19 untuk diberikan kepada guru-guru dan 9,000 dos untuk petugas barisan hadapan membabitka­n anggota PBT negeri dalam fasa pertama pemberian vaksin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu berkata demikian semasa menjawab satu soalan pada sesi libat urus antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersama ADUN yang berlangsun­g selama dua hari mulai semalam di sini.

Sesi libat urus itu bertujuan membolehka­n setiap Exco mengemas kini perkembang­an dan pelaksanaa­n dasar serta projek di bawah portfolio masing-masing berikutan penggantun­gan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya berlangsun­g pada April ini susulan Pengisytih­aran Proklamasi Darurat yang diumumkan Kerajaan

Persekutua­n.

Sementara itu Norlela berkata Kolej Vokasional Butterwort­h dekat sini diarah ditutup Sabtu lepas selepas 36 pelajar serta petugasnya direkodkan positif COVID19 yang dikaitkan dengan kluster Jalan Teluk Air Tawar, manakala sebuah sekolah rendah di Bukit Tambun pula merekodkan 16 kes positif COVID-19 yang dikaitkan dengan kluster Bukit Tambun pada 21 Mac lepas.

“Bagi kluster Bukit Tambun, JKNPP telah mengambil tindakan segera dengan membuat isolasi di situ. Terdapat lebih 1,000 murid di sekolah itu, namun berdasarka­n maklumat hanya sebuah kelas sahaja melibatkan kes COVID-19,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia