Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat puas hati kepimpinan kerajaan minta GLC perbaiki prestasi

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan barisan Kabinetnya yang berusaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

“Kita berpuas hati atas layanan dan khidmat yang diberikan oleh Ketua Menteri beserta jemaah menterinya yang kelihatan bekerja bersungguh-sungguh demi kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat,” kata ahli perniagaan dan aktivis masyarakat dari Tungku Datuk Jaafar Zakaria.

Bagaimanap­un, beliau menyampaik­an rasa kecewa terhadap perkhidmat­an yang diberikan oleh peneraju-peneraju GLC yang dilantik oleh kerajaan yang gagal memenuhi hasrat rakyat.

“Ada pengarah syarikat GLC yang sukar ditemui, sering berada di luar pejabat bersama pegawainya dan lambat memberikan respon,” katanya tetapi meminta agar nama GLC berkenaan tidak disiarkan.

Beliau sempat menceritak­an pengalaman ketika cuba mendapatka­n temujanji dengan pengarah syarikat GLC tetapi tidak mendapat respon yang memuaskan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengarah atau peneraju yang diamanahka­n mengetuai syarikat GLC agar memperbaik­i prestasi mereka dengan bersikap lebih mesra rakyat.

“Kita berharap peneraju GLC sebagai sebahagian daripada pentadbira­n kerajaan memberi keutamaan kepada rakyat agar pembanguna­n dapat dijalankan dengan baik dan berkesan,” katanya.

Walaupun masih awal untuk memberikan kritikan terhadap prestasi mereka, Jaafar berkata, peneraju GLC perlu sedar mengenai peranan dan tanggungja­wab kepada rakyat.

 ??  ?? JAAFAR
JAAFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia