Utusan Borneo (Sarawak)

Sejahterak­an ekonomi masyarakat luar bandar

20 peserta mentee PPP KPLB terima sijil tamat kursus dan peralatan

- Oleh Yap Siong Han

PAPAR: Seramai 20 orang mentee dalam pembuatan mi dan peruncitan yang menyertai Program Peningkata­n Pendapatan (PPP) berjaya menerima sijil tamat kursus serta peralatan.

Dalam majlis semalam, seramai tiga orang mentee akan menerima sijil serta peralatan berkenaan sementara bakinya akan diserahkan kemudian.

Mereka yang menerima sijil dan peralatan kali ini ialah Ivy Clarice Charles berasal dari Kuala Penyu, Siti Raman@Siti Rama Budal@Odal (Sipitang) dan Suinin John @ Jacqueline (Tuaran).

PPP Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Malaysia adalah program bantuan kerajaan kepada rakyat khususnya golongan B40 miskin dan miskin tegar.

Majlis penyerahan Sijil Tamat Kursus dan Peralatan telah disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad ketika dalam lawatanya ke Kilang Mee Kuning Aniq di sini, semalam.

Bantuan seumpamany­a diharapkan dapat membantu peserta meningkatk­an ekonomi dan seterusnya membina kehidupan yang lebih baik.

Bagi meningkatk­an PPP, KPLB menggalakk­an penglibata­n usahawan sebagai mentor kepada penerima bantuan. Program mentor mentee seumpamany­a diharapkan dapat membantu para penerima menjana kemahiran dan pendapatan secara konsisten.

Di sini, SNS Enterprise telah berjaya membantu 20 orang mentee dalam bidang pembuatan mi kuning dan peruncitan.

Diharapkan program Mentor Mentee PPP dapat dikembangk­an dalam pelbagai bidang yang boleh membantu masyarakat menjana pendapatan.

Kerajaan hari ini menjamin akan terus komited menjayakan program bantuan masyarakat luar bandar yang sejahtera.

Seorang penerima Ivy Clarice Charles, 29, berkata, dia sangat berterima kasih kepada kerajaan khususnya KPLB Malaysia yang telah memberikan peluang seumpamany­a.

Dia yang memulakan perniagaan sejak 2019 berhasrat untuk bergerak lebih jauh dalam bidang berkenaan.

“Saya sangat berterima kasih dengan peluang ini, saya juga mahu lebih maju pada masa hadapan,” katanya.

Pada majlis itu, Ivy menerima peralatan berupa chiller, peti sejuk, rak besi empat tingkat dan parut kelapa.

Siti menerima mesin pam air, kereta sorong, meja besi, ‘chainsaw’, dan mesin pengisar sagu. Suinin menerima mesi pengadun, mesin peleper dan mesin pemotong.

SNS Enterprise adalah mentor kepada program PPP KPLB tahun 2020 dalam bidang pemprosesa­n mee kuning dan Peruncitan. Syarikat itu menjadi pelaksana Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dalam bidang pemprosesa­n mi kuning 2020.

Seramai 10 orang peserta telah mengikuti program berkenaan dari September 2020 sehingga November 2020 dalam bidang memproses mi kuning basah dan kering.

 ??  ?? TAHNIAH: Latiff (dua kanan) menyerahka­n sijil tamat kursus dan peralatan kepada Siti (kiri).
TAHNIAH: Latiff (dua kanan) menyerahka­n sijil tamat kursus dan peralatan kepada Siti (kiri).
 ??  ?? MELAWAT: Latiff (dua kanan) meninjau mesin yang sedang memproses mi kuning.
MELAWAT: Latiff (dua kanan) meninjau mesin yang sedang memproses mi kuning.
 ??  ?? IVY
IVY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia