Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama dalam GRS beri impak positif terhadap kesejahter­aan rakyat

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Kerjasama yang terjalin baik antara pelbagai parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diyakini mampu memberikan impak yang sangat positif terhadap kemajuan, keharmonia­n dan kesejahter­aan rakyat.

Seorang pemimpin politik tempatan dari Kota Marudu

Liman Kasim menyifatka­n kerjasama politik merangkumi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) boleh membawa kestabilan politik dan ekonomi seterusnya mampu menjayakan semangat ‘Sabah Maju Jaya’.

Liman berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan kerjasama yang terjalin antara pelbagai parti dalam GRS boleh dijadikan contoh terbaik di peringkat nasional dan menjadikan Sabah dilihat sebuah negeri yang istimewa.

Sambil mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Liman berkata, sudah sampai masanya seluruh rakyat Sabah bersatu, mengurangk­an sengketa dan permainan politik sebaliknya menumpukan usaha membela nasib rakyat yang masih memerlukan pembelaan.

Katanya, rakyat mahukan pellbagai isu seperti kemiskinan, kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 dan kemudahan infrastruk­tur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik dapat diatasi secara tuntas dan menyeluruh di seluruh Sabah.

Bagaimanap­un, Liman melahirkan keyakinan terhadap kepada kepimpinan kerajaan yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah mampu memenuhi aspirasi rakyat.

Beliau yakin rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan mereka terhadap GRS dan berharap keperluan, kemahuan dan janji kepada rakyat dapat ditunaikan.

Walaupun sedar pandemik COVID-19 memberikan kesan dan meletakkan rakyat dalam situasi yang sukar tetapi Liman yakin kerajaan mampu memberikan bantuan dan pertolonga­n kepada rakyat seperti yang terbukti sebelum ini.

 ??  ?? LIMAN
LIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia