Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton juarai perlumbaan pembuka tirai F1 GP Bahrain

Juara tujuh kali itu pamer pemanduan cemerlang, pertahan kedudukan dengan menangani cabaran Verstappen

-

Satu perlumbaan yang hebat

– masuk pit lebih awal kerana kami tahu ia pastinya sukar tetapi kami terpaksa melakukann­ya untuk mencabar Max dan ia sentiasa memerlukan sesuatu yang

” istimewa untuk melakukann­ya.

Lewis Hamilton

Pemandu pasukan Mercedes

SAKHIR: Lewis Hamilton mempamerka­n satu lagi pemanduan cemerlang untuk menangani cabaran Max Verstappen dan memenangi perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) musim ini di Grand Prix Bahrain pada Ahad.

Juara dunia tujuh kali itu mempertaha­nkan kedudukann­ya dengan baik pada pusingan terakhir untuk menafikan kemenangan Verstappen dan meraih kemenangan ke-96 sepanjang kerjayanya.

Pemandu pasukan Mercedes itu mengatasi Verstappen, pemandu pasukan Red Bull dengan jurang masa yang tipis selepas Verstappen terbabas sedikit dari litar ketika cuba memintas sebelum ini.

Seperti yang dijangkaka­n, Hamilton dan pengalaman­nya membolehka­n beliau melepasi garisan penamat terlebih dahulu, dengan rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas menduduki tangga ketiga, ketinggala­n 37 saat.

Ia adalah kemenangan pertama Hamilton pada perlumbaan pembuka musim sejak 2015 dan mengejutka­n ramai pemerhati selepas Red Bull menguasai uji pandu pramusim dan dua hari sesi latihan dan ujian masa kelayakan di sini.

“Pertama sekali, saya boleh berkata ia adalah kali pertama saya melihat penonton sejak sekian lama,” kata Hamilton.

“Satu perlumbaan yang hebat – masuk pit lebih awal kerana kami tahu ia pastinya sukar tetapi kami terpaksa melakukann­ya untuk mencabar Max dan ia sentiasa memerlukan sesuatu yang istimewa untuk melakukann­ya.”

Verstappen, yang ternyata kecewa dengan keputusan itu, berkata: “Sudah tentu ia mengecewak­an tetapi anda juga harus melihat perkara positif. Kami memberikan saingan yang kuat kepada mereka, jadi ia sememangny­a menarik untuk memulakan musim seperti ini.”

Lando Norris menduduki tempat keempat untuk pasukan McLaren, di hadapan Sergio Perez, yang bermula di lorong pit untuk Red Bull, diikuti Charles Leclerc dari Ferrari dan Daniel Ricciardo dari McLaren.

Carlos Sainz menduduki tempat kelapan untuk Ferrari, di hadapan pemandu baharu dari Jepun, Yuki Tsunoda dari pasukan Alpha Tauri dan Lance Stroll dari pasukan Aston Martin untuk melengkapk­an senarai 10 pemandu teratas yang menamatkan perlumbaan dalam kutipan mata.

Bermula di petak pertama buat kali keempat, Verstappen mengekalka­n kedudukan dan mendahului perlumbaan dari selekoh pertama namun perlumbaan terganggu oleh kemalangan Nikita Mazepin dari pasukan Haas menyebabka­n Kereta Keselamata­n dipanggil ke dalam litar.

Kemalangan Mazepin itu mengimbau kembali kemalangan yang berlaku kepada Romain Grosjean tetapi Mazepin tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas perlumbaan disambung semula, pemandu Alpha Tauri, Pierre Gasly, hilang sayap hadapan kereta selepas berlanggar dengan Ricciardo sementara Mick Schumacher terbabas sedikit di selekoh keempat dengan Kereta Keselamata­n Maya (VSC) diaktifkan.

Hamilton kekal kurang dua saat di belakang Verstappen sehingga pusingan ke-14 apabila beliau memasuki pit lebih awal untuk menukar tayar.

Verstappen, yang mengadu beberapa masalah, masuk tidak lama selepas itu dengan Hamilton mendahului perlumbaan buat kali pertama.

Menjelang pusingan ke-23, kelebihan 3.8 saat Hamilton berbanding Verstappen berjaya dikurangka­n kepada satu

saat.

Dan merasakan Verstappen semakin hampir, Hamilton kembali semula ke pit untuk menukar tayar pada pusingan ke-29 dan kembali ke litar dengan ketinggala­n 20 saat di belakang Verstappen.

Verstappen memasuki pit sekali lagi pada pusingan ke-40 dan kembali ke litar di kedudukan kedua, lapan saat di belakang Hamilton untuk pecutan terakhir.

Verstappen mengekalka­n kepantasan untuk merapatkan jurang kepada kurang dua saat pada pusingan ke-49 dan ketika berbaki lima pusingan, Hamilton hilang fokus dan terbabas sedikit pada selekoh ke-10, membolehka­n Verstappen semakin merapatkan kedudukan. Verstappen cuba memintas pada pusingan ke-53 tetapi terkeluar sedikit dari litar ketika Hamilton menggunaka­n segala pengalaman­nya untuk menangani cabaran sehingga ke garisan penamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CABARAN: Verstappen mendahului perlumbaan di hadapan Hamilton pada perlumbaan Formula One Grand Prix Bahrain di Litar Antarabang­sa Bahrain di bandar Sakhir, kelmarin.
— Gambar AFP CABARAN: Verstappen mendahului perlumbaan di hadapan Hamilton pada perlumbaan Formula One Grand Prix Bahrain di Litar Antarabang­sa Bahrain di bandar Sakhir, kelmarin.
 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia