Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Gnabry sahkan kemenangan 1-0 Jerman ke atas Romania

-

BUCHAREST: Gol separuh masa pertama oleh Serge Gnabry sudah memadai untuk mengesahka­n kemenangan untuk Jerman, dengan menewaskan Romania 1-0 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 ketika Jerman sekali lagi membuat demonstras­i bantahan untuk menyokong hak asasi manusia.

Gnabry sudah menjaringk­an 15 gol dari hanya 19 penampilan bersama Jerman.

Jerman mempunyai 18 cubaan ke pintu gol, dua kali ganda berbanding pasukan tuan rumah.

Bagaimanap­un, Romania menamatkan permainan dengan peluang lebih baik pada minit akhir tetapi penyudah mereka mengecewak­an.

“Kami boleh memberi kelebihan untuk diri kami sendiri,” akui pemain tengah Jerman, Joshua Kimmich.

“Kami bernasib baik pada minit ke-90 kerana mereka gagal mengikat kedudukan. Kami harus menamatkan saingan lebih awal dan memberikan ruang lebih tenang selepas itu.”

Kemenangan meletakkan Jermain di tangga teratas Kumpulan J dengan kelebihan gol berbanding Armenia, yang turut meraih dua kemenangan berturut-turut.

“Jika ada sesuatu untuk dikritik, ia adalah cara kami menggunaka­n peluang kami,” kata jurulatih Jerman,

Joachim Loew, yang akan meletak jawatan selepas Euro 2020 pada musim panas ini.

Loew memburu tiga kemenangan pertama berturut-turut pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Jerman boleh melaksanak­an sasaran itu dengan menewaskan North Macedonia di Duisburg pada Rabu ini.

Selepas mendahului awal 3-0 ketika menentang Iceland pada Khamis lepas, Jerman sekali lagi tidak membuang masa dengan skuad yang sama menentang Romania.

Antonio Rudiger mengumpan bola kepada Kai Haverzt untuk melorong kepada Gnabry melakukan penyudah pada minit ke-16.

Jerman hampir menambah jaringan empat minit kemudian apabila rembatan Kimmich menggegar palang gol dengan rembatan dari jarak 25 meter.

Kedudukan terikat 1-0 pada masa rehat tetapi penjaga gol Romania, Florin Nita beraksi tangkas menepis beberapa cubaan pada awal separuh masa kedua ketika Jerman cuba menterjema­h penguasaan permainan dengan gol.

Selepas satu jam permainan, Nita menangkap mudah bola selepas Ilkay Gundogan gagal melakukan rembatan kemas.

Nita sekali lagi beraksi cemerlang menepis cubaan Timo Werner ketika berbaki 10 minit permainan.

Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, yang mencecah usia 35 tahun pada Sabtu, menafikan gol penyamaan Romania apabila menepis cubaan George Puscas dan satu cubaan Nicolae Stanciu hanya menerjah luar jaring ketika Jerman mengharung­i detik cemas pada lewat permainan.

 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Serge Gnabry (tengah) menanduk masuk bola pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2020 di antara Romania menentang Jerman di Bucharest, kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Serge Gnabry (tengah) menanduk masuk bola pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2020 di antara Romania menentang Jerman di Bucharest, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia