Utusan Borneo (Sarawak)

Itali benam Bulgaria 2-0, kekal kempen kelayakan Piala Dunia 2020 di landasan

-

SOFIA: Itali mengekalka­n kempen kelayakan Piala Dunia 2020 di landasan dengan kemenangan 2-0 ke atas Bulgaria dalam aksi Kumpulan C kelayakan Zon Eropah, kekalahan kedua berturuttu­rut Bulgaria di Sofia.

Andrea Belotti menjaringk­an gol pertama dari satu tendangan penalti sebelum rehat dengan Manuel Locatelli melengkapk­an jaringan untuk kemenangan pertama Itali ketika berbaki lapan minit permainan.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu berada di tangga teratas kumpulan selepas menewaskan Ireland Utara 2-0 pada perlawanan Khamis lepas, dengan Bulgaria tewas 1-3 kepada Switzerlan­d di tempat sendiri pada perlawanan pertama.

Itali, juara dunia empat kali, gagal layak ke Piala Dunia 2018 tetapi di bawah kendalian Mancini, mereka tanpa kalah dalam 24 perlawanan, selepas kempen sempurna kelayakan ke Euro 2020.

“Tiada perlawanan mudah,” kata Mancini, bekas pengurus Manchester City.

“Terutama sekali menentang pasukan seperti Bulgaria yang bermain dengan bertahan dan mencari ruang untuk serangan pantas.

“Ia jelas kami sukar mencari ruang dan memecah kebuntuan. Kemenangan adalah apa yang paling penting, pasukan menunjukka­n konsistens­i. Pada waktu seperti ini, semua pasukan keletihan.”

Itali bermain tanpa pemain pertahanan, Giorgio Chiellini, penyerang Domenico Berardi dan Francesco Caputo dengan enam pertukaran dilakukan dari skuad yang menewaskan Ireland Utara.

Belotti bermula bersamasam­a Federico Chiesa di jentera serangan dengan barisan tengah diketuai Nicolo Barella dan Stefano Sensi, yang kembali beraksi selepas penularan COVID-19 di kelab masing-masing.

Walaupun menguasai awal permainan, Itali kelihatan terpaksa bertahan dari asakan Bulgaria namun Itali ada mempunyai peluang dengan cubaan Chiesa dan Belotti hambar.

Itali bagaimanap­un membuka jaringan apabila Belotti dikasari Daniel Dimov dalam kotak penalti ketika cuba mengejar umpanan Lorenzo Insigne.

“Ia adalah gol penting kerana kami memecah kebuntuan pada perlawanan sukar,” kata Belotti, yang menjaringk­an gol ke-11 dari 32 perlawanan antarabang­sa.

“Kami berlatih beberapa penalti sebelum perlawanan kerana pakar penalti kami, Jorginho tidak bermain.”

Bulgaria tidak bernasib baik kerana tidak diberikan penalti apabila bola kelihatan terkena tangan Stefano Sensi pada minit ke-57.

Belotti terlepas peluang menambah jaringan pada pertengaha­n separuh masa kedua apabila tendangan lambung beliau terkena palang gol.

Locatelli masuk menggantik­an Stefano Sensi pada minit ke-68, dengan Ciro Immobile menggantik­an Belotti dan Federico Bernardesc­hi menggantik­an Chiesa untuk 15 minit terakhir permainan.

Insigne mengumpan bola kepada Locatelli untuk menjaringk­an gol kedua ketika berbaki lapan minit permainan.

“Gol pertama saya bersama Itali, ia sangat menarik, saya masih berasa gemuruh,” kata Locatelli.

“Ia sukar untuk digambarka­n. Saya bermain bola sepak untuk emosi seperti ini dan ia akan sentiasa bersama dengan saya.”

Itali meraih kemenangan pertama mereka di Bulgaria dari tujuh perlawanan.

Mancini melanjutka­n tempoh tanpa kalah bersama Itali untuk perlawanan ke-24 berturut-turut, di belakang Marcelo Lippi (25) dan Vittorio Pozzo (30).

Itali akan menentang Lithuania di Vilnius pada Rabu dan akan bertemu pencabar utama dalam kumpulan mereka, Switzerlan­d pada bulan September.

Bulgaria, yang belum layak ke Piala Dunia sejak 1998, akan bertandang ke Ireland Utara minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia