Utusan Borneo (Sarawak)

England tewaskan Albania 2-0, akhiri kemarau gol

-

TIRANA: Gareth Southgate mengakui England masih mempunyai ruang untuk peningkata­n selepas Harry Kane menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa gol apabila membantu England menang 2-0 ke atas Albania pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 bagi Zon Eropah pada Ahad.

England bergelut menembusi benteng berdisipli­n Albania sehingga Kane menjaringk­an gol pada lewat separuh masa pertama perlawanan di Tirana.

Ia adalah gol antarabang­sa yang pertama Kane sejak menjaringk­an gol ketika menentang Kosovo, 500 hari yang lalu – pada November 2019.

Kembali dalam kesebelasa­n utama selepas direhatkan ketika England membelasah San Marino 5-0, Kane kini sudah menjaringk­an 33 gol dari 52 penampilan bersama England.

Kane juga mengumpan bola kepada Mason Mount untuk gol kedua England pada separuh masa kedua untuk kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan I.

Poland akan bertandang ke Wembley untuk ujian getir pertama England dalam kempen kelayakan ini.

Selepas menamatkan Piala Dunia 2018 selaku penjaring terbanyak ketika England melangkah ke separuh akhir, Kane berharap untuk mengetuai negaranya memenangi kejuaraan pada kejohanan tertangguh Euro 2020 pada musim panas ini.

Selepas aksi agak hambar menentang lawan yang berada 62 anak tangga di bawah mereka, Southgate mengakui ada banyak yang perlu dilakukan jika England mahu memenangi kejuaraan antarabang­sa pertama mereka sejak memenangi Piala Dunia 1966.

“Saya tidak suka dengan cara kami bermain pada 15 minit terakhir, menyerang ketika ia tidak perlu. Saya gembira dengan kemenangan ini tetapi ada bahagian yang perlu dipertingk­atkan lagi,” kata Southgate.

“Kami harus terus berusaha dalam kumpulan ini. Ada banyak perdebatan tentang kami dan apa potensi kami tetapi jika kami mahu mencapai kegemilang­an, kami harus mempunyai mutu yang sangat tinggi.

“Saya fikir kami boleh menjadi lebih bagus lagi. Mereka seharusnya gembira dengan kemenangan ini tetapi saya fikir kami boleh meningkat lagi.”

Kane menegaskan beliau tidak pernah terganggu dengan kekurangan gol bersama England: “Saya sentiasa berkata sebagai penyerang, kadang-kadang anda mengharung­i satu tempoh d9i mana semua yang anda sentuh masuk (gol) dan juga sebaliknya.

“Anda hanya terus kekal fokus melakukan tugas untuk pasukan dan saya berterima kasih kerana kami melakukann­ya. Ia hebat untuk mendapatka­n tiga mata penuh.”

Gol Mount memberi penekanan kepada kemunculan­nya sebagai pemain penting dalam skuad Southgate dan aksi berpengaru­h beliau merupakan jawapan kepada kritikan yang diterima oleh Southgate.

Southgate dikritik kerana menurunkan Mount berbanding bintang Aston Villa, Jack Grealish pada tahun lepas dan berkata kepercayaa­n pengurus Chelsea, Thomas Tuchel kepada Mount sejak menggantik­an Frank Lampard sebagai pengurus, sudah mengubah pemain itu menjadi lebih bagus.

“Saya fikir prestasi beliau adalah hebat. Saya ada berkata pada musim luruh lepas bahawa beliau adalah seorang pemain yang bagus. Sekarang Thomas Tuchel menurunkan­nya, semua orang bersetuju. Apabila Frank melakukann­ya, ia tidak diperbahas­kan,” kata Southgate.

“Beliau bijak mencari ruang, memanipula­si bola, mencipta peluang dan boleh menjaringk­an gol.”

England sebelum itu bergelut menembusi pertahanan kebal Albania sebelum akhirnya bolos pada minit ke38 apabila gandingan Raheem Sterling dan Mount membolehka­n bola sampai kepada Luke Shaw yang mengumpan bola kepada Kane untuk gol pembukaan.

Kane hampir menambah jaringan apabila menyempurn­akan umpanan Sterling tetapi bola terkena palang.

Walaupun mengawal permainan, England hanya melengkapk­an jaringan pada minit ke-63 apabila Kane mengumpan bola kepada Mount untuk menjaringk­an gol keempat beliau bersama England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia