Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Vinales juara Qatar, Zarco akur di tempat kedua

-

DOHA: Bakal ayah, Maverick Vinales, memenangi perlumbaan pembuka tirai MotoGP Qatar untuk pasukan Yamaha pada Ahad dan memastikan pelumba Ducati, Johann Zarco terpaksa akur di tempat kedua pada perlumbaan dengan angin agak kencang dan berpasir.

Frncesco Bagnaia, seorang lagi pelumba pasukan Ducati, menduduki tempat ketiga pada perlumbaan pertamanya bersama Ducati selepas bermula di petak pertama, dengan menewaskan juara bertahan, Joan Mir dari Suzuki di tempat keempat pada akhir perlumbaan.

“Saya merasakan potensi, saya melakukan semuanya dengan tenang,” kata Vinales, 26, selepas kemenangan­nya.

“Saya cuba bersikap lebih bijak, lebih tenang dan akhirnya saya dapat menjarakka­n kedudukan.

“Saya tidak dapat berkata lebih banyak lagi selain berterima kasih kepada keluarga saya, terutama sekali keluarga terdekat.”

“Saya dan isteri saya menanti kelahiran,” tambah Vinales, yang berkahwin pada awal bulan ini dan pasangan itu menunggu kelahiran anak pertama mereka.

Vinales bangkit dari perlumbaan hambar yang menyaksika­n beliau dan pelumba lain Yamaha ketinggala­n di belakang pelumba dari pasukan Ducati sebelum secara perlahan-lahan mula merapatkan kedudukan.

Vinales akhirnya mendahului kedudukan ketika berbaki lapan pusingan, dengan memintas Bagnaia sementara Mir naik empat kedudukan dengan berbaki empat pusingan selepas bermula di petak ke-10.

Walaupun usaha terbaiknya, Fabio Quartararo gagal menyamai pencapaian Vinales pada penampilan sulung bersama Yamaha.

Alex Rins (Suzuki), Aleix Espargaro (Aprilia) dan Pol

Espargaro (Honda), Australian Jack Miller (Ducati) dan pelumba baharu Enea Bastianini (Ducati-Avintia), juara Moto2 tahun lepas, melengkapk­an senarai 10 teratas.

Dengan berbaki satu pusingan, Vinales mempunyai jurang lebih satu saat setengah, lebih dari memadai untuk sampai ke garisan penamat di tempat pertama sementara Zarco, Bagnaia dan Mir bersaing untuk dua lagi tempat di atas podium.

“Saya benar-benar gembira – ia adalah perlumbaan yang baik dan panjang dan pada akhirnya ia agak sukar,” kata Zarco.

“Saya merasakan saya masih mempunyai beberapa ruang untuk mengekorin­ya (Vinales).

“Saya cuba untuk mengejar Vinales tetapi jentera saya hanya mampu untuk tempat kedua.”

Miller, yang menguasai uji pandu pramusim di litar yang sama dan juga pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat dan Sabtu, jelas kecewa dengan keputusan ini.

Tetapi beliau boleh menebus kekecewaan itu pada perlumbaan di Qatar untuk MotoGP Doha minggu hadapan.

Musim ini berlangsun­g dengan protokol kawalan COVID-19 ketat, yang termasuk zon gelembung untuk mereka yang terlibat dalam perlumbaan dan juga menawarkan vaksin kepada semua yang berada di garaj pasukan.

Dalam kategori Moto2, Sam Lowes dari pasukan Kalex, muncul juara untuk menjadi pelumba pertama dari Britain yang memenangi perlumbaan pembuka tirai sejak 1979.

Jaume Masia memenangi kategori Moto3, di hadapan rakan sepasukann­ya dari KTM, Pedro Acosta. — AFP

 ??  ?? REBUTAN: Rahman ditemani (dari kanan) Gulbudin, Afiq, Muliawadi dan tetamu menunjukka­n Piala ADUN Muara Tuang.
REBUTAN: Rahman ditemani (dari kanan) Gulbudin, Afiq, Muliawadi dan tetamu menunjukka­n Piala ADUN Muara Tuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia