Utusan Borneo (Sarawak)

GPS tetap teguh

- Oleh Rusnan Mutafa

KOTA SAMARAHAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap teguh berdiri sendiri meskipun berlakunya pergolakan politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana MenteriTan­SriMuhyidd­in Yassin pada masa ini.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata, GPS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasam­a dengan manamana parti lain kecuali Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

“GPS sentiasa kukuh berdiri sendiri, siapa yang hendak melamar GPS baik UMNO, Muafakat Nasional (MN), PN kecuali DAP, PKR dan PSB, saya rasa GPS dapat bekerja dengan semua kecuali tiga parti itu.

“Jadi kepada PH (Pakatan Harapan) jangan bermimpi pada siang hari, kami GPS tetap teguh sendiri, kami yakin rakyat Sarawak memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada GPS,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kejohanan Piala e-Sukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang di D-Virtual Park di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan yang akan diambil UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan dilihat memberi peluang kepada PH meraih majoriti sokongan sekali gus membentuk semula kerajaan pusat.

Pada Ahad, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penggulung­an Perhimpuna­n Agung UMNO dipetik berkata, parti itu akan menentukan masa yang sesuai untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN.

Dalam pada itu, Idris turut menempelak tindakan PengerusiP­HSarawakCh­ong Chieng Jen menggelar GPS sebagai ‘raja pengemis’.

“Saya ingin bertanya kepada beliau mengapa dan bagaimana beliau memberi gelaran seperti itu, apa Chong peduli sangat terhadap GPS, GPS tetap kukuh sendiri,” tegasnya.

Dalam perkembang­an lain Idrisyangj­uga ADUN Muara Tuang menyokong cadangan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya untuk aktiviti memerhati buaya sebagai produk pelanconga­n di Samarahan.

Jelasnya, ia terpulang kepada kerajaan pusat melalui kementeria­n itu dan agensi berkaitan di negeri ini untuk menjayakan cadangan tersebut dalam membangunk­an potensi pelanconga­n di Samarahan.

Selain itu, beliau berkata isu ancaman buaya ganas di DUN Muara Tuang tetap menjadi keutamaan dan perlu ditangani dengan berkesan.

GPS sentiasa kukuh berdiri sendiri, siapa yang hendak melamar GPS baik UMNO, Muafakat Nasional (MN), PN kecuali DAP, PKR dan PSB, saya rasa GPS dapat bekerja dengan semua kecuali tiga parti itu.

Datuk Idris Buang

Ketua Penerangan PBB

 ??  ??
 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia