Utusan Borneo (Sarawak)

PENCURI RANTAI RM40,000 DIPENJARA ENAM BULAN

-

KUCHING: Perbuatan seorang lelaki yang berpura-pura ingin mencuba dua utas rantai emas bernilai RM40,000 sebelum mencurinya, membawa padah apabila dia dipenjara enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Christophe­r Lee Chun Lung, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa mencuri dua utas rantai emas milik Tomei Signature Sdn Bhd pada 28 Februari lalu, jam 7.13 malam di sebuah pusat beli-belah di Jalan Wan Alwi di sini.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh datang ke premis itu kononnya untuk membeli barang kemas.

Pekerja kedai yang tidak mengesyaki apa-apa hanya melayan permintaan tertuduh dan memberikan dua utas rantai emas untuk dicuba tertuduh.

Tertuduh kemudianny­a bertindak melarikan diri bersama dua utas rantai emas yang masing-masing dianggarka­n seberat 79 gram dan 69 gram serta dianggarka­n bernilai RM40,000.

Hasil siasatan juga mendapati muka tertuduh dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan perkara ini turut disahkan beberapa saksi kejadian.

Oleh itu, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam menjatuhka­n hukum, Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mengarahka­n hukuman penjara bagi tertuduh dikuatkuas­akan dari tarikh tangkap iaitu pada 2 Mac lalu.

Mahkamah juga mengarahka­n tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia