Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Forensik JBPM siasat punca kebakaran

Dua anggota Unit Forensik dari Kuching turut dibantu anggota JBPM Sibu dalam kerja siasatan itu

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Dua anggota Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kuching tiba di sini semalam untuk memulakan siasatan kejadian kebakaran meranapkan dua blok rumah kayu terdiri daripada 14 unit di sini Isnin lalu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata, anggota forensik terbabit turut dibantu anggota JBPM Sibu.

“Siasatan bermula sejak pagi tadi (semalam) melibatkan anggota forensik dari Kuching dan dibantu anggota daripada JBPM Sibu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Janggan berkata, pasukan penyiasat terbabit tiba di lokasi kejadian sekitar jam 9 pagi.

Sekumpulan penduduk dipercayai berada di lokasi kejadian seawal jam 4 pagi untuk mengutip besi buruk, turut diminta meninggalk­an lokasi kejadian.

Menurutnya, tempat kejadian mesti dilindungi memandangk­an terdapat kematian dalam insiden kebakaran

Siasatan bermula sejak pagi tadi (semalam) melibatkan anggota forensik dari Kuching dan dibantu anggota daripada JBPM Sibu.

Janggan Muling

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu

itu.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki rentung setelah terperangk­ap dalam kejadian kebakaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Johnathan Ringgit berkata, mangsa yang bekerja sebagai buruh dikenali Chiu Woei Ming berumur 45 tahun.

Stanley dalam satu kenyataan kelmarinbe­rkata,mayatmangs­a dijumpai anggota bomba di bawah timbunan kayu.

“Semasa kejadian, mangsa berada di bilik tidurnya seorang diri manakala ibunya di bilik berasingan.

“Ibu mangsa bagaimanap­un berjaya diselamatk­an oleh orang awam di lokasi,” jelas beliau.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? SIASAT: Dua anggota forensik JPBM berada di lokasi bagi memulakan siasatan semalam.
SIASAT: Dua anggota forensik JPBM berada di lokasi bagi memulakan siasatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia