Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kebolehpas­aran graduan UCTS mencecah 99.1 peratus

-

SIBU: Kadar kebolehpas­aran graduan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) kini adalah mencecah 99.1 peratus, kata Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS baharu Dr Annuar Rapaee.

Katanya, kadar itu adalah paling tinggi di negara ini.

“Dari segi kebolehpas­aran graduan kita, saya dimaklumka­n pada masa ini mempunyai 99.1 peratus tertinggi di negara ini.

“Justeru, kita menyasarka­n mewujudkan program-program akademik bersesuaia­n dengan keperluan industri semasa terutama di Sarawak.

“Tujuan kerajaan negeri mewujudkan UCTS adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di Sarawak,” katanya kepada pemberita pada sidang media di UCTS, di sini semalam.

Sementarai­tu,NaibCansel­or UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid turut serta ditanya mengenai faktor penyumbang kepada tahap kebolehpas­aran graduan UCTS tersebut.

Katanya, kursus-kursus ditawarkan di UCTS tidak hanya tertumpu kepada program akademik semata-mata namun turut menekankan bidang kemahiran.

“Graduan dilengkapk­an dengan sijil kemahiran diiktiraf oleh industri tempatan mahupun antarabang­sa.

“Itu salah satu faktor penyumbang mengapa graduan keluaran kita diterima oleh majikan di luar sana,” jelasnya.

Justeru, pada masa depan UCTS merancang menambah program-program berbentuk gabungan dan menyasarka­n mengambil seramai 3,500 pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu secara rasmi memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat UCTS, di sini semalam.

Beliau sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan kakitangan UCTS serta diberi penerangan mengenai pentadbira­n UCTS.

Dr Annuar berkata, beliau dilantik menjadi pengerusi lembaga pengarah UCTS baharu pada Disember tahun lalu namun disebab penularan wabak COVID-19, beliau tidak dapat memulakan tugas lebih awal.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kerajaan negeri kerana memberi kepercayaa­n kepada saya menggalas tanggungja­wab ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyasarka­n menjadikan UCTS sebagai pintu masuk kepada penduduk Sarawak mengembang­kan potensi mereka dalam akademik.

“Jadikan universiti ini sebagai pilihan utama melanjutka­n pengajian sama ada peringkat sarjana, doktor falsafah atau sebagainya.

“Saya mahu universiti ini menjadi kebanggaan penduduk di Sibu dan mahu semua orang merasakan universiti ini milik semua,” katanya.

 ??  ?? MULA TUGAS: Dr Annuar (kiri) tiba di pejabatnya bagi memulakan tugas pada hari pertama di UCTS, semalam.
MULA TUGAS: Dr Annuar (kiri) tiba di pejabatnya bagi memulakan tugas pada hari pertama di UCTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia