Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah, curi direman empat hari

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Firdaus Hanafiah Zulkifley.

Dalam permohonan­nya, Firdaus memberitah­u pada 26 Mac lalu, seorang guru tadika membuat laporan di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, mangsa, 41, mendakwa sekitar jam 6.30 petang, pada 26 Mac lalu beliau mendapati rumah adiknya terletak di Lorong 5 Quadruplex Bandar Baharu Permyjaya di sini dipecah masuk oleh orang tidak dikenali melalui pintu hadapan dibuka secara paksa.

Setelah pemeriksaa­n dilakukan mendapati beberapa barang seperti satu unit komputer riba, sebuah tabung duit syiling, satu set ‘home theather’, sepasang kasut keselamata­n dan sebuah kipas angin hilang.

Bertindak atas maklumat, pada 29 Mac lalu polis menangkap suspek kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Firdaus memberitah­u reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek berusia 27 tahun dari Bandar Baharu Permyjaya di sini amat diperlukan membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa mengesan barang kes, justeru membebaska­n beliau lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 3 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia